Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Selasa, 26 Jun 2012

My Barbie Doll Cake

Assalamualaikum semua teman-teman.  Hari ni kak Mai cuba-cuba mendeco Barbie Doll Cake nie.  Ni percubaan kedua.  Rasa dah buat sepenuh hati dah nie. Persediaan kak Mai untuk mendeco kek ni ialah mencari dan melihat gambar-gambar kek barbie yang dibuat oleh kekawan di internet. Tapi kak Mai masih ikut citarasa kak Mai sendiri. 

 Kek yang kak Mai guna ialah buttercake oren.  Resepi boleh rujuk di sini. Cuma kak Mai tambahkan sedikit adunan sebab nak buat gaun barbie tu.



Creamnya pula Kak Mai guna stemed buttercream.  Resepinya di bawah nanti kak Mai sertakan.  Kemudian campurkanlah dengan warna-warna kegemaran. Kak Mai guna warna oren + merah, oren + kuning (seakan-akan peach) , warna kuning dan warna hijau (kak Mai campurkan dengan warna kuning sedikit)



Kak Mai creamkan tapak (bulat) tu dulu. Kemudian letakkan kek skirt barbie tu  pula. Kak Mai mula hiaskan skirt tu dari bawah ke atas.  Jangan lupa balut  kepala barbie tu dulu, kalau tak dengan rambut-rambutnya bercream.  Tengoklah rambut barbie doll kak Mai ni...dah cuba ikat tapi rambutnya terangkat dan tak menarik, jalan terbaik potong sedikit.  Kak Mai tukar fesyen rambut tu...he he he...kemudian balut dulu ye sebelum krimkan bajunya.


Kak Mai masukkan sekejap barbie doll ni di dalam rumah sejuk (peti sejuk).  Sementara tu kak mai sediakan pelbagai kombinasi warna dan saiz rose.  Sejukkan sebentar.  Keluarkan kek dan bunga-bunga rose tadi dan hias ditepi-tepi skirt barbie mengikut citarasa sendiri.  Kak Mai selang-selangkan warna bunga tu. Kemudian barulah dihias dengan daun-daunnye.


Resepi steamed buttercream:

1 kg. krimwell
250gm shortening
200gm gula icing (diayak)
1/2 tin susu pekat manis.
1 1/2 sudu teh perasa lemon (yang x de warna)

Cara:
Campurkan semua bahan dan pukul sampai kembang. tu saja...senang jekan.  Ini memang resepi untuk buat steamed buttercream.  Tapi kak mai terus je guna cream ni tak steam pun.  Bunga rose pun kak Mai guna cream yang sama.  Insyallah lebih cantik, licin je cuma kak Mai je yang tak pandai nak buat bunga rose tu bagi cantik he he he.




Biasanya kak Mai akan buat cream ni banyak.  Boleh simpan luar peti sejuk tapi tak tahan lama sangat.kalau tempahan yang diterima banyak, tak jadi masalah letak di luar sebab sekejap je dah habis digunakan ye tak?


Kalau nak lebih tahan simpan je dalam peti sejuk.  Bila nak guna keluarkan dulu biar di suhu bilik.  



Oklah begitulah pengalaman kak Mai buat kek nie. Leceh sikitlah tapi puas hati kalau jadi.  Tapi kak Mai rasa apa yang kak Mai buat pada kek ni masih perlu dibaiki lagi.Insyallah.  

Kepada yang akan diraikan esok sempena Hari Lahirnya..."Selamat Hari Lahir" Semoga kehidupan anda diberkati. ALLAH.

Sabtu, 23 Jun 2012

Kek pisang coklat urai.

               Asalamualaikum semua teman walau di mana jua anda berada. Selamat petang dan selamat berehat di hujung minggu.  Hujung minggu lepas balik kampung, abang bawa balik setandan pisang cavendish lagi.  Nak jual taukeh gerai buah pun tak berani nak ambil sebab pisang tu  katanya sesuai dijual di Supermarket dan biasa dihidangkan di hotel he he he.....so apa nak buat dengan pisang-pisang nie nanti ye...dah bagi-bagikan sedara mara yang dekat dah....Pisang ni memang sedap dimakan cam tu je..tak pasti bleh buat kek atau tidak..Baunya memang mengancam...wangi sangat.
           Semalam kak Mai cuba-cuba jelah buat cup cake pisang untuk anak-anak didik di sekolah sebab bersungguh-sungguh membuat latihan senamrobik untuk acara pembukaan hari sukan nanti. Warna kek tu memang kurang menarik sikit jadi kak mai campurkanlah dengan sedikit coklat urai dan atasnya kak Mai tabur coklat chip. Inilah cup kek yang tak berapa cantik tu......



Habis ........ yang kak Mai puas hati sebab kekawan kata sedap...lembut dan terasa pisangnya yang mewah.  Cuma mereka kata manis sikit...kak Mai sertakan resepinya di bawah nie tapi kalau tak mau manis kurangkanlah gulanye sebab ni resepi  kek asas yang biasa kak Mai guna cuma tambahkan pisang je...terpulanglah nak letak dalam cup atau loyang.


Bahan-bahan:
(untuk 4 - 5 buku kek anggaran 400gm sebuku)
  • 400gm mentega (kak Mai guna buttercup)
  • 400gm gula kastor (kurangkan sedikit sebab pisang dah manis)
  • 600gm tepung (ayak dengan 1 sudu baking powder)
  • 150ml susu segar (air kosong pun boleh)
  • 10 biji pisang cavendish  (lecek)
  • 1 cmt vanilla esen
  • 1 sudu kecil ovelate
  • 4 biji telur
  • Coklat urai atau coklat chip ikut suka.


Caranya:
  1. Putar butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan ovellate dan vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan telur satu-persatu dan putar hingga kembang.
  4. Masukkan pisang lecek dan putar sebentar dengan kelajuan sederhana.
  5. Masukkan tepung sedikit-sedikit berselang dengan air  atau susu. Gunakan kelajuan perlahan sebentar je ye.
  6. Tabur coklat chip atau coklat urai. Gaul guna spatula hingga sebati.
  7. Masukkan dalam acuan yang sesuai (kak Mai timbang 400gm satu acuan) atau cup kek. 
  8. Tabur coklat chip atau coklat urai di atasnya.  Kalau tak mau pun tak ape.
  9. Bakar selama 30 minit atau sehingga lidi cucuk tidak melekat pada suhu 175C.  Jika menggunakan cup kurangkan masa.



Taaaadaaaaa,,,,,,yummyyyyy nie dia kek tu.  Alhamdulillah setakat ni buat jadi je...andai kata teman buat tak menjadi maaflah ye...Kak Mai memang guna resepi ni dan cuma kurangkan kuantiti gula je sebab pisang tu dah sedia manis. Selamat mencuba.



Isnin, 18 Jun 2012

Lapis Cheezy



LAPIS CHEEZY 

Bahan A
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g
  • 500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 1/2 cawan gula halus


Bahan C
  • 100 gm Non Dairy Whipping Cream (Resepi asal menggunakan 10 ml susu segar) 

Filling (ikut suka)
  • Blueberry
  • Strawberry
  • Coklat
  • Jelly
* Letak sikit je, nanti manis sangat.

Hiasan (letak lagi sedap x letak pun x ape)
  • Buah-buah segar
  • Buah-buah coktail dalam tin.
Untuk resepi ni boleh guna bekas plastik atau gelas. Kak Mai guna bekas plastik je supaya senang disimpan.


Cara:
  1. Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati dan bercream
  2. Pukul Non Dairy Whipping hingga kental
  3. Satukan kedua bahan tersebut dan kaup balik adunan hingga rata
  4. Masukkan adunan dalam piping bag untuk memudahkan kita melapis
  5. Panaskan susu segar, padamkan api.
  6. Dalam bekas, letakkan satu lapisan cream cheese
  7. Kemudian celupkan biskut marie dalam susu ( 1 saat sahaja ) dan susun dalam bekas 
  8. lapiskan semula dengan cream cheese
  9. Letakkan filing yang disukai dan teruskan melapis berselang seli hingga habis
  10. Simpan dalam peti ais hingga sejuk dan mengeras
  11. Hias mengikut kreativiti dan sedia dinikmati
     



Jumaat, 8 Jun 2012

Marble Shortbread Cookies


Assalamualaikum dan selamat petang  buat semua teman.  Selamat bertemu kembali di dapur kak Mai nie... Semalam kak Mai cuba-cuba buat Marble Shortbread Cookies. Alhamdulillah menjadi dan sedap. Resepinya dah lama dah kak Mai simpan tunggu giliran nak buat. Rasanya kak Mai ambil daripada Blog Citarasawan atau kak Wan.Cuma kak Wan guna dua loyang.  Kak Mai pula guna satu loyang je Semalam berkesempatan untuk membuatnya sebab memandangkan anak-anak akan pulang semula hujung minggu ni, jadi kak Mai buatkanlah biskut ni...memang sedap dan senang je rupa-rupanya.  Jom..lihat resepinya.



Bahan A:
  • 250 gm butter
  • 150gm gula castor
  • 2 sudu teh coffee emulco
Bahan B:
  • 330gm tepung gandum
  • 40gm susu tepung
  • 20gm serbuk koko
  • 50 gm nestum  (kisar halus)
  • 60gm serbuk badam
  • 1 sudu teh baking powder
Corak marble  (dalam gambar tu)
  • 500gm coklat masakan putih
  • 50 gm coklat masakan hitam
atau
  • 460 gm coklat masakan hitam
  • 40gm coco butter
  • 50 gm coklat masakan putih
loyang 10 X 10' x 2 dengan cutter (kak mai  guna loyang  9 x 12 tu je yang ade)



Cara-cara:
  • Pukul A hingga kembang. 
  • Masukkan B, dan gaul hingga jadi doh yang lembut.
  • Alas loyang dengan kertas minyak, lebihkan sedikit.
  • Bahagi dua adunan (kak mai buat dalam satu loyang je) 

  • Tekan padat dan ratakan.  Cucukan dengan garfu (seperti gambar di atas)

  • Letakkan cutter dan tekan sampai ke dasar (seperti gambar di atas)
  • Bakar pada suhu 160C selama 40 minit atau hingga masak.
  • Biarkan sejuk dan keluarkan cutter (seperti di bawah)

  • Cairkan coklat masakan putih ( atau hitam) secara double boil, kemudian curahkan atas biskut dan ratakan.

  • Cairkan coklat masakan hitam (atau putih) secara double boil dan biarkan suam sedikit, masukkan dalam piping beg dan picit memanjang di atas coklat masakan putih tadi.

  • Ambil lidi dan lorekkan atau gariskan lurus berselang arah (ke atas dan ke bawah) bagi membentuk marble.

  • Masukkan kembali cutter ke tempat asalnya dan biarkan coklat beku.

  • Keluarkan cutter  dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Selamat Mencuba.



Khamis, 7 Jun 2012

Sambal Sardin

Assalamualaikum.  Menu hari ni ringan-ringan je.  Sebab nak menyulam..lagi pun alang teringin makan sambal sardin dan angah nak makan masakl lemak taugeh.  Senang jer...



Bahan:
  • 2 tin sardin ( ayam brand sedap)
  • 2 senduk cili mesin.
  • 2 biji bawang besar (hiris je)
  • 1 biji bawang besar (belah 6)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air asam jawa
Cara:
  1. Panaskan kuali dan tumis bawang hiris hingga perang.
  2. Masukkan cili kisar dan tunis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sardin, air asam dan bawang yang dibelah enam.
  4. Biarkan hingga mendidih dan masukkan garam.  Biarkan sebentar.
  5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Sardin makanan kegemaran anak-anak...kak Mai pun suka juga sebab masa kecik-kecik dulu mak suka masak sambal sardin  lagi pun murahkan...sampai besar kak Mai memang suka sambal sardin...walaupun sekarang sardin bukan semurah dulu... Selamat masak...




Muffin Pisang Walnut

Assalamualaikum.  Semalam kak Mai juga buat muffin untuk anak-anak dan dah kebetulan rezeki sedara dari kampung.  Jom layan......




Muffin pisang???? kenapa nak buat muffin pisang  pula ye.....Sebenarnya masa balik hujung minggu lepas, banyak pisang yang kami bawa pulang dari kampung.  Dah puas makan dah ni.  Semalam dah hari Rabu.  Kalau ditunggu-tunggu bertambah ranumlah pisang tu.  Jadi ambil kesempatan ni buatkan muffin ni untuk anak-anak dan kebetulan anak-anak buah dari kampung pun datang.  Biasa kalau buat tu setakat anak-anak makan memang tak habis.  Tapi hari ni memang licin. Nak resepi ke?  Jom ikut kak Mai...



Kak Mai ternampak resepi di wall Zuraini Alias. Menurutnya resepi ni from My Resepi dan June Ahmad. Ok kak Mai nak tumpang sekaki kak Mai ambil dari wall Zu nie ye.  Cuma kak Mai ada tambah sikit dengan coklat rice dan badam untuk cantikan muffin tu.



Bahan-bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cmt baking powder
  • 1 cmt bikarbonat soda
Bahan-bahan B:
  • 1 cawan pisang emas lecek (kak mai guna 6 biji pisang 40 hari)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan minyak masak (kak mai guna minyak jagung)
  • sedikit garam
  • 50 gm kismis
  • 100gm walnut
  • 50 gm coklat rice (kak Mai tambah)
  • 50 gm badam (kak Mai tambah)



Cara-caranya:

  1. Ayak bahan A dalam mangkuk.
  2. Dalam mangkuk adunan, pukul telur, masukkan gula dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan pula pisnag lecek dan sedikit garam.
  4. Masukkan tepung sedikit-demi sedikit dan kacau hingga sebati.  
  5. Masukkan walnut,  kismis dan coklat rice. Kacau sebati.
  6. Masukkan dalam acuan muffin dan hias dengan badam dan kismis di atasnya.
  7. Bakar selama 30 minit pada suhu 180 C.
  8. Adunan ni tak perlu pukul guna mixer (tapi kak Mai memang guna mixer cuma sekejap je yo.....) cukup gunakan senduk.



Muffin ni memang yummy...lebih-lebih lagi makan masa panas-panas...dah sejuk pun masih sedap juga....


Muffin yang lembut dan tidak memuakkan...Selamat mencuba pasti takkan kecewa....

Nasi Tomato

Assalamualaikum dan selamat pagi.  Semalam tak sempat nak masukkan n3 ni sebab ada urusan bersama anak-anak buah.  Sampai di rumah pun dah hampir maghrib kemudian keluar semula mencari baju untuk anak-anak buat persiapan hari raya nanti.. Persiapan awal terutamanya untuk anak-anak yang akan pulang ke asrama.  Nanti nak tunggu hampir raya baru jumpa semula mungkin dah kesuntukkan masa, lagi pun bulan puasa nanti dah sibuk dengan aktiviti lain.  Oklah ambil kesempatan pagi-pagi ni masukkan apa yang dimasak semalam untuk anak-anak dan tetamu dari Melaka.  Simple, mudah dan menurut anak dan yang penting suami, sedap.  




Kak Mai skodeng resepi di dapur Mat Gebu. Nasi tomato ni memang simple menurut Mat Gebu  resipi asal dari"Kak Liza"...tabik lah memang sedap. Boleh dimakan bersama ayam masak merah, acar timun dan nanas atau dalca . Kebetulan semalam kak Mai dah masak kari 3 ekor ayam kampung dan masih ada bakinya, kak  Mai tambah dengan ayam masak merah dan acar nanas dan timun jelah. Jadi kak Mai  ambil peluang untuk mencuba memandangkan anak-anak semuanya ada di rumah.  Jom layan......



Bahan-Bahannya:-
5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair ( kak Mai guna susu segar)
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai dun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*(*rempah tumis)
Air, ikut sukatan beras
Garam secukup rasa (1 sudu teh)
Maggi secukup rasa (kak Mai tambah 1 sudu)

Bahan Hiasan:-
Kacang pis ( kak Mai tak letak)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng




Cara membuatnya:
(Ni cara kak Mai ye)


  1. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.
  3. Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam dan maggi cukup rasa , gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
  4. Jika perlu hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng semasa menghidang.  Kak Mai tak sempat hias pun...makan panas-panas pun dah cukup sedap.




Perasmi nasi tomato ni Si Alang Haziq....bau je nasi dah lapar. Terima kasih sekali lagi untuk Chef Mat Gebu dan tak lupa juga buat kak Liza.Selamat mencuba ye..

Ahad, 3 Jun 2012

APA ITU HABBATUS SAUDA?

Asalamualaikum dan selamat pagi Ahad yang indah.  Hari ni  ronda-ronda tersangkut dengan artikal ni ternampak di Info Minda.  So rasanya berguna untuk info kita semua. Jom layan.....





APA ITU HABBATUS SAUDA?

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilk
an kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Sabtu, 2 Jun 2012

Rendang Cili Api

Asalamualaikum...jumpa lagi. Kak Mai baru je siap masak rendang cili api arnab.  Kalau tak makan arnab tukarkanlah dengan ayam.  Rupa daging arnab  ni sama je dengan ayam.  Rasanya kalau tak beritahu tu daging arnab rasanya semua akan ingat tu daging ayam.  Anak kecik kak Mai tak mau makan daging arnab pun...tapi buat tak tau bagi je makan.  He he he...habis sepinggan nasi.


Dah siap dah nie...sedia terhidang....yummyyyyy.....

Ingatkan sekali lagi ye kalau tak makan daging arnab tukar je dengan ayam....tapi untuk makluman daging arnab ni memang kurang lemak dan bagus berbanding ayam bandar yang dicucuk ibarat dipam-pam supaya cepat besar,  Silap-silap kita yang makan pun tersangkut hormon membesarnya sang ayam . 

Kak Mai makan daging arnab,  cuma kali ni tak boleh masuk sikit sebab pi gatal hari ni ikut abang pergi hantar sembelih.  Teringatlah wajah-wajah sayu yang tiap-tiap hari diberi makan....kalau tak pandang rasanya makan je.......

Jom kita masak, kak Mai masak macam masak rendang cili api ayam jer....


Bahan-bahan:

  • 1 ekor arnab 
  • Sedikit rempah 4 sekawan.
  • Ketumbar & Jintan manis - digoreng tanpa minyak - ditumbuk
  • daun kunyit (kak mai guna sikit sebab pokok dah tak berdaun)
  • daun limau perut (hiris)
  • Kerisik (ikut sukalah ye)
  • Minyak untuk menumis.
  • 1/2 kg santan ( keluarkan sedikit campurkan air untuk santan cair)
  • 2 keping asam keping
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula
Bahan kisar:
  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih 
  • 2 in halia
  • sedikit lengkuas
  • 2 in kunyit
  • 3 btg serai 
  • 20 biji cili api.


Cara:
  1. Blend semua bahan kisar.
  2. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan  (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga).
  3. Kemudian masukkan bahan kisar. tumis sampai naik minyak.
  4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis.
  5. Masukkan santan cair.
  6. Masukkan daging arnab atau ayam.
  7. Masukkan asam keping.
  8. Bila hampir pekat, masukkan kerisik, garam dan sedikit gula.
  9. Masaklah hingga kering.






Selamat mencuba.







Khasiat Minyak Zaitun



Asalamualaikum dan selamat pagi Sabtu.  Baru je balik dari hantar Alang ke Kem Motivasi di lembah Azwen Hulu Langat.  Tengah memikir apa nak masak hari ni. Abang sedang nak mula mengemas luar rumah...biasalah hujung minggu jengah-jengahlah kebun sekangkang kera ni..... Beralih tajuk nak masa ape ye??? Abang cadangkan masak rendang arnab.  Memandangkan arnab-arnab semakin membiak dan kami pun kurang masa untuk menguruskannya, jadi kami ambil keputusan cuba mengurangkannya sedikit demi sedikit....biasalah tangkap dan hantar sembelih di  Pasar Bangi Lama.  

Tak sampai hati nak ambil gambar haiwan peliharaan ni masa sembelih.  Jadi kami beralih ke tempat lain sementara menanti siap dikemaskan 5 ekor arnab di pasar tersebut.  Miau...miau..miau....kesiannya mata beralih pada bunyi anak-anak kucing yang kehilangan ibu.  seekor dah tercampak dalam longkang dalam berair.  Kesian.....siapalah tuan yang sanggup membuang anak tanpa ibu ni ye....Acik masuk dalam longkang tapi kerana tak cukup inci (pendek) tak sampai...dengan lagak wira, Ateh menawarkan diri untuk cuba menyelamatkan anak kucing yang rasanya  masih dalam pantang ni....selamat akhirnya...Miau..miau...miau bising bunyi anak-anak kucing ni....kehausan susu ibu.  Kak Mai minta anak-anak bawa ke tempat yang selamat, redup dan jauh dari longkang besar tu.

Biasalah anak-anak memang suka dengan anak-anak kucing ni, dia membawa masuk ke dalam pasar yang lapang dan kosong sekitarnya. Terjumpalah seekor ibu kucing yang rasanya baru juga melahirkan.  Kami cuba susukan anak-anak kucing tersebut, tapi ibunya lari.  Menurut seorang mak cik kalau tak silap Rahani namanya, ibu kucing tu makcik Rahani tu yang punya, itu pun kucing buangan.  Tapi anak-anak kucing tu bukan anak-anak kucingnya.  Alhamdulillah makcik ni membenarkan anak-anak kucing tersebut menumpang susu ibu kucingnya.   Jomlah kita perhatikan pasukan penyelamat ni.....

Sempat tangkap ibu kucing lagi.  Ada seorang nyonya baik hati, bagi kotak siap tebuk lagi supaya anak-anak kucing yang yatim piatu ni dapat berteduh.



Kesiankan......siapalah manusia yang sanggup membuang anak-anak kucing tanpa ibunya sekali nikan....kalau ye pun tak mau, tunggulah sampai anak-anak kucing ni besar sedikit dan pandai cari makan sendiri.  Oklah arnab yang kami hantar pun dah siap, santan dan halia juga kami dah beli.  Abang nak makan rendang arnab hari ni. Kalau nak resepi cuba skodeng di sini.

Sebelum dapur berasap, kak Mai nak kongsikan sesuatu sesuatu di sini yang kak Mai terbaca dari  Mukmin Mart.Rasanya baik untuk amalan kita iaitu khasiat minyak zaitun.


Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: 

"Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya." 

Jika diminum, ianya bermanfaat untuk menguatkan daya ingatan, menguatkan hempedu, mencegah masalah pencernaan, mengubati penyakit buasir dan impotensi, membantu masalah haid, menghilangkan racun dalam tubuh, mencegah pertumbuhan sel-sel kanser, menurunkan kadar gula dan kolesterol, mencegah penyakit kencing manis serta bermacam-macam khasiat lagi untuk kesihatan manusia.

Jika disapukan, ianya bermanfaat untuk menghilangkan kedutan pada wajah, melindungi dari bakteria, mencegah keguguran rambut, menghilangkan penyakit kulit, menghaluskan serta melembabkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menjaga kebersihan kulit kepala.


Oklah kak Mai cau cin cau dulu...hari pun dah tengah hari dah ni...

Roti Sosej

          Asalamualaikum semua. Bertemu lagi.  Kali ni dapur kak Mai memang berkecah.....jom ikut kita menguli roti tapi bukan kak Mai yang uli. Macam biasalah kak Mai amat beruntung mempunyai robot yang sangat berjasa ni.......


           Ergggggg...anak-anak kak Mai dah tersandar kekenyangan...tu.. Alang Haziq sedang bersiap-siap mengemas bagnya esok nak merantau 4 hari 3 malam ke Lembah Azwen di Hulu Langat kerana menyertai KEM REMAJA BESTARI 2012 ANJURAN YAYASAN TENAGA NASIONAL..Yang lain semua di depan TV 3 menonton cerita Alice In Wonderland.  

 

Kak Mai  pula biasalah depan laptop sebab nak kongsi dengan kawan-kawan macam mana buat roti sosej ni.  Resepi cam biasa sila klik di sini.  Jom...........

Semua bahan masukkan dalam mesin pengadun.  Putar 20 minit.

Adunan yang dah siap.

Tutup dengan kain lembap dan rehatkan 1/2 jam.

Tada......dah berganda-ganda naiknya.....

Buatlah bebola ni sebeberapa banyak yang mungkin.  Kak Mai buat dapatlah 14 ketul seberat dalam 85-90gm seketul tu.

Canai ikut saiz sosej tu..asal tak terkeluar sudahlah ye.

sosej ni basuh dan keringkan dulu ye 

Letakkan sosej seperti gambar di atas.
Kemudian balutkan sosej tersebut dengan kemas. Ikutlah step by step berpandu gambar di bawah nie ye.









Ulanglah proses untuk semua roti yang ada.


Siap dibakar dan bolehlah dimakan...Kalau nak kilatkan dia biasanya kak Mai cairkan butter dalam oven sebentar dan campurkan sedikit gula kastor.Menggunakan berus , sapu bahagian atas roti tersebut.

Oklah Selamat kekenyangan dengan masakan sendiri dan selamat mencuba.


Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...