Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Khamis, 8 Mac 2012

Molten Lava Chocolate Cake

Semalam kak Mai dah buat kek coklat lava nie.  Kesian anak-anak tak cukuplah pula.  Hari ini kak Mai tambah sukatannya. Kalau ada anak ramai boleh gunakan resepi nie ye….
Kek Oren Cinta (11)

IMG_7821
Bahan-bahan ( 8-10 biji ramekin  sederhana/16-18 biji ramekin kecil)
  • 2 cawan dark chocolate yg dicincang
  • 250gm  butter
  • 4 biji telur
  • 6 sudu besar gula halus (kalau tak mau manis kurangkan ye)
  • 6 sudu besar tepung gandum (ayak dulu ye)
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • Secubit garam (sikit je ye kalau guna majerin tak perlu garam)
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada 160 celcius.
  2. Cairkan coklat dgn butter secara double boiler.
  3. Masukkan serbuk Koko. Gaul sebati dan ketepikan.
  4. Pukul telur dengan gula selama 3 minit.
  5. Campurkan dengan adunan coklat.
  6. Masukkan tepung dan garam.
  7. Kacau perlahan hingga sebati.
  8. Tuangkan dalam bekas ramekin yg dah digriskan. Boleh griskan ramekin dengan mentega dan gula halus.
  9. Masukkan ramekin dalam freezer selama 5 minit. Keluarkan dan masukkan dalam oven selama 11 minit.
  10. Adunan tidak boleh dibakar lebih dari 15 minit.
  11. Keluarkan dan biarkan selama 3 minit. Keluarkan dari ramekin dan hidangkan.


Boleh dihidangkan dengan fresh cream atau aiscream.........

 IMG_7826

IMG_7827

IMG_7829
Nota: kesedapan kek ni bergantung pada quality coklat yang diguna, terpulang kepada selera masing-masing. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...