Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jumaat, 3 Jun 2011

Makaroni goreng berempah

Makaroni berempah 001 Bahan A:

  • 1 bungkus makaroni 250gm Udang (buang kulit)
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • garam secukup rasa
  • sedikit sos tomato
  • sedikit sos tiram
  • Daun bawang (potong panjang)
  • Daun Origano / daun kari(jika suka)
  • Sedikit minyak untuk tumis                                                                                                    
Bahan B (kisar)
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang besar
  • sedikit kunyit hidup


Caranya:

  1. Rebus makaroni dengan sedikit minyak dan toskan. 
  2. Campurkan Bahan B dengan rempah kari ikan. 
  3. Panaskan kuali dan tumiskannya.
  4. Bila pecah minyak masukkan udang, cili merah, sos tiram, sos tomato dan garam.  
  5. Kacau-kacau sebentar dan masukkan makaroni.Gaul dalam kuali tu… hingga rempah tumis sebati dengan makaroni.
  6.  Kemudian masukkan daun bawang. Jika suka taburkan dengan daun origano (macam buat pizza) sebelum diangkat….pasti menambah selera dengan aroma daun origano tu….cubalah.  Selalu  buat makaroni berempah ni sebab anak-anak suka sangat makan. 

Nota: Keluarga saya besar biasanya sebungkus tu memang cukup2 untuk kami sekeluarga (10 orang makan) Jika keluarga tak ramai kurangkanlah kuantitinya nanti membazirlah pula. Bahan-bahan lain seperti sotong, kerang dsb boleh ditambah ikut suka.  Lagi banyak bahan lagi sedap. Ok selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...