Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Memaparkan catatan dengan label Sambal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sambal. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Februari 2011

Sambal sotong kering

Semalam singgah di Lumut Perak.  Sempatlah beli sotong kering, ikan bilis, saty ikan dan ikan masin.  Hari ni teringin nak makan nasi lemak dengan sambal sotong kering.  Jom kita masak.

Sarapan Pagi 4.2.1011 002 Jom Masak 4.2.2011 013

Bahan-bahan:

Sotong kering ( potong dan rendam)

10 biji bawang merah (dihiris)

2 senduk cili kisar

garam secukup rasa

air asam jawa

sedikit gula

Cara:

Tumis bawang merah hingga garing.  Masukkan cili kisar.  Tumis hingga cili masak dan masukkan sotong kering dan air asam.  Biarkan mendidih .  Masukkan garam dan gula. Kacau dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi lemak kukus atau nasi putih.  http://myzajalbum.blogspot.com/2011/02/sarapan-pagi-422011.html

Selasa, 25 Januari 2011

Sambal Belacan Nanas

Jom masak 23.1.2011 006

Bahan:

9 biji cili api

4 biji cili merah

sedikit belacan bakar

garam secukup rasa

nanas ikut suka (diracik)

sedikit gula

Caranya:

Kisar cili, garam, belacan gula dan sebahagian nanas.  Campurkan nanas yang diracik.  Gaulkan hingga rata.  Sedia dimakan bersama nasi panas dan ikan masin. 

Isnin, 10 Januari 2011

Sambal belacan mangga

Semalam masa beli cendawan, kak Mai ternampaklah pula mangga muda.  Sedap kalau dibuat sambal belacan.
Bahan:
Sebiji mangga muda (sebahagian dikisar dan sebahagian diracik halus)
sedikit cili besar
sedikit cili api
belacan ikut suka
garam dan gula.
Cara:
Masukkan ke semua bahan dalam mesin pengisar dan campurkan sedikit air.Kisar sebentar sahaja. Kemudian keluarkan dan masukan pula separuh lagi mangga yang telah diracik.
Beginilah hasilnya. Sedap dimakan dengan gulai lemak cili api. Berasap….
Gulai cendawan 10.1.2011 010
Selamat mencuba.

Isnin, 27 Disember 2010

Sambal terung

 
Jom masak 20.12.2010 001
Bahan-bahannya:
Terung pipit
1 ulas bawang putih
Hirisan bawang merah
Cili kisar
Sedikit Udang kering
Sedikit garam
Sedikit gula
 
Cara:
Bersihkan terung dan dibelah dua.  Goreng sebentar dan toskan. Bersihkan udang.  Kisar bersama bawang putih. Tumiskan hirisan bawang merah hingga perang dan masukkan udang kisar.  Kacau hingga naik bau. Masukkan cili kisar. biar hingga cili masak, masukkan gula dan garam.  Akhir sekali masukkan terung dan kacau sebentar supaya sebati.  Sedia untuk dihidangkan. sedap dimakan dengan nasi panas.  Selamat mencuba.
 
 
 
 

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...