Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Jumaat, 30 Julai 2010

Choco Cheese Marble Cupcake

























Bahan A
250 gram mentega
250 gram gula kaster
6 biji telur
300 ml susu segar
60 gram serbuk koko, diayak
360 gram tepung gandum
2 sudu teh baking powder, diayak

Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur


Cara:
1. Pukul butter dan gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. Kemudian masukkan susu segar. Gaul rata.

2. Dalam bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.


3. Masukan dalam plastik dan potong hujungnya. Pipekan sedikit Bahan A dalam setiap cup. Kemudian pipekan sedikit Bahan B. Pipekan semula bahan A. Dan baki bahan B diletakan sedikit di atas kek sebagai hiasan.

4. Bakar di oven 180 deg C - selama 25 -30 mins. Terus dihidang. Boleh dimakan panas-panas.

Resepi asal diambil dari "Kongsi Resepi"- Choco Cheese Marble Cake...tetapi telah diubah kepada cupcake dan jumlah kandungan bahannya ada yang ditambah. Hasilnya seperti yang tertera di dalam gambar. Cake yang lembut dan gebu. Mudah dan sedap dimakan. Terimakasih kepada kekawan di 
Kongsi Resepi. Selamat mencuba.





















Kepada yang tertanya2 dan tercari2 inilah rupanya krim keju atau cream cheese tu ye. Harap dapat membantu.



11 ulasan:

Anna Qawina berkata...

Assalamualaikum kak...nampak mengiurkan kek tu...ada kerajinan nanti blh cuba utk cupcake kan...hihi...

Myza berkata...

TQ Anna kek tu memang sedap dan mudah...Selamat Mencuba ye dik....

Rabiatun Adawyah berkata...

assalamualaikum...sedapnyer..yummy..yummy

wonderfairyn fin ! berkata...

sumenya sedap sedap.......

Maizah Jalil berkata...

Walaikumsalam...kek tu mudah dan memang sedap saya selalu buat utk anak-anak. Cubalah pasti tak mengecewakan..

iNtaN lIaNa berkata...

bertambah cantik dan menyerelakan

Maizah Jalil berkata...

Tq intan.

IbuRafiq berkata...

InsyaAllah sy nak cube resepi ni

KeRaNa ChENta berkata...

krim keju tu mcm mn yer...

Nur Syuhada berkata...

Assalamualaikum...
Nk sangat cuba resepi ini tp nk tanya sikit

Dlm bahan A ada 300ml susu segar...
bila susu segar ini dimasukkan sbb dlm caranya tk menunjukkan ada susu segar?

Sam-soon berkata...

mmg sedap.sy da try buat....

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...