Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Khamis, 6 Disember 2012

Ikan Bakar dengan sos special



Assalamualaikum semua dan selamat pagi.  Apa nak masak hari ni ye.Kak Mai pagi-pagi lagi dah keluar pergi pasar nak cari santan sebab nak buat durian crepe. Rasanya kena buat dari awal pagi ni sebab perlu siapkan 28 pack tempahan kawan-kawan sekitar Klang (kawan-kawan En. abg), Semenyih, Serdang dan Nilai. InSyaAllah sebelum petang ni diharapkan siaplah. Rasanya hari ni nak masak yang ringkas tapi sedap. Dalam kepala dah terbayang ikan bakar cicah dengan sos asam yang letak tomato hemmmm pasti sedap. 

Macam biasalah sebelum nak masak, tinjau-tinjaulah rumah kekawan. Hari ini nak terjah blog kak Ina Khazanah Warisan Orang Lama. Jom kita masuk sini. Kak Mai kongsikan di sini juga ye. cuma kak Mai tak pakai ikan terubuk dan cencaru. Yang ada dalam peti tu ikan kembong je. Kembong pun kembonglahkan. Sekejap lagi kak Mai sambung dengan resepinye ye. Sekarang ni nak ke pasar dulu, manalah tau dapat jala ikan pari ke he he he....

Alhamdulillah dah balik pasar dah ni...Dapatlah juga ikan pari tapi besar sangat.  Takut nak beli yang besar-besar ni sebab takut berbau. Tapi beli jugalah sebab teringin nak makan pari bakar.




Resepi ikan bakar
Bahan-bahan:
  • 6 ekor ikan kembong
  • 1 ekor pari sedang-sedang (kak Mai beli separuh je sebab besar sangat)

Bahan-bahan lain

  • 6 biji cili hidup*
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 1 sudu makan gula castor
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak dan daun pisang
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus.


Cara-caranya
  1. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.
  2. Biarkan selama 10-15 minit.
  3. Kisar semua bahan bertanda *.
  4. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
  5. Masukkan gula melaka, gula castor, jus asam jawa dan garam.
  6. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan..
  7. Lumurkan sambal ke atas ikan.
  8. Tutup dengan daun pisang. Cucuk hujung daun pisang dengan pencungkil gigi.\
  9. Lepastu bakarlah kat atas kuali leper ke...atas non stick pan ke...atas arang ke atau dalam oven....kalau bakar atas arang lagi best.....tapi kak Mai panggang guna pemanggang ajaib maklumlah baru belikan he he he. 
  10. Ikan bakar ni kak Mia cicah dengan air asam.
Cicah air asam:

1 biji tomato (didadu)
1 biji bawang besar (didadu)
6/7 tangkai cili api (dipotong kecil)
Air perahan asam jawa (guna air masak).
Sedikit garam
Sediki gula

Caranya:
Campurkan ke semuanya. Sedia untuk diguna untuk cicah dengan ikan bakar. 

Selamat mencuba.




1 ulasan:

Abu Ziyad berkata...

Alamak kak Mai, terliur..liur bila baca. Baru baca je tuhh... terima kasih atas perkongsian ini. Nak cubalah. Selalu tu makan kat D'Limau Nipis je.. Ikan bakar dia ant yg umphh... kali ni nak try buat sendiri plak. Mesti lg umphh..guna respi kak Mai ni. Thanks dan salam perkenalan.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...