Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Selasa, 3 September 2013

Sambal Hitam Pahang @ Bukit Mahkota

Maaflah aku bukan orang Pahang , aku orang Melaka sejati,biasa masak asam pedas aje. Sambal  hitam ni terkenal  di kalangan orang Pahang. Tapi tak salah kalau nak cubakan kitakan tinggal dalam 1 MALAYSIA.
Sebenarnya belimbing ni puas dah dibagi-bagikan, kemudian dijeruk-jeruk dan dihadiahkan dan cadangan kekawan supaya direbus dan dibuat sambal hitam.


Ada kekawan yang bagi resipi suruh cuba. Terima kasihlah ye. Bila nak buat cari-cari resipi yang dikirim tak jumpalah pula. Minta En Google tolong carikan. Ambik ko…macam macam sambal hitam dan ada yang tak hitam pun keluar. Macam biasalah nak copy jer kononnya tapi tak bolehlah pulak. Tinjau-tinjau ke tempat lain…akhirnya jumpa juga yang berkenan di hati  “Sajian sambal hitam yang enak” dari blog jerantutdaily.blogspot. Minta izin selitkan beberapa  tip2 dan resipinya di sini ye.




Langkah-langkah merebus belimbing:
  • Bahan utama untuk membuat sambal hitam ialah belimbing buluh.
  • Belimbing-belimbing yang telah matang  dipetik sebelum menjadi terlalu masak dan berguguran ke tanah.
  • Untuk merebus belimbing tersebut, bersihkan belimbing kemudian rebus tanpa air dengan api yang kecil. 
  • Merebus belimbing ini memakan masa yang agak lama juga sehingga belimbing kecut dan bertukar warna cokelat kehitam-hitaman.
  • Biasanya rebus semalaman untuk kecut. Tempoh masa rebusan yang mencukupi bertujuan supaya ketahanan belimbing tersebut untuk disimpan lama sehingga setahun dua.

Dari kuali biasa kak Mai pindahkan ke non stick pan.

 Lebih mudah untuk kecut dan keringkan


Siap untuk disimpan dalam botol. Bila nak guna boleh keluarkan sedikit. 

PESANAN:
  1. Jika hendak guna untuk membuat sambal ini sekali sahaja, memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja. Tujuan merebus belimbing sehingga betul-betul kering dan gelap adalah untuk tujuan simpanan jangka masa lama.
  2. Sila guna periuk yang buruk-buruk untuk rebus sebab belimbing mempunyai kandungan asid yang kuat dan boleh menjadikan periuk bertukar menjadi kusam. Kebiasaannya mengguna tin minyak masak yang empat segi untuk rebus belimbing tersebut. (kak Mai guna kuali senang nak kacau) 

Rupanya nak membuat sambal hitam tidaklah susah sangat. Yang penting penyediaan bahan utamanya iaitu asam belimbing. Di sini dikongsikan resepi untuk membuat sambal hitam. Selamat mencuba dan nikmati keenakannya.



Resepi Sambal Hitam Pahang
Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk ikan bilis yang dibuang perutnya
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 10-15 biji cili padi (pedas ikut rasa masing-masing)
  • 6-7 asam belimbing rebus
  • Sedikit kicap
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • 3/4 cawan minyak masak (lebih kurang) Saya guna non stick pan so minyak sikit dah memadai.
Cara membuatnya :
  1. Tumbuk cili padi sehingga lumat menggunakan lesung batu.
  2. Kemudian masukkan pula asam belimbing dan lenyek-lenyekkan dengan lesung biar bercampur dengan cili.
  3. Masukkan pula ikan bilis dan tumbuk separuh hancur.
  4. Panaskan minyak.Tumiskan bawang, tak perlu tunggu bawang layu atau naik bau, terus sahaja masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk bersama cili tadi.Goreng menggunakan api sederhana.
  5. Masukkan sedikit kicap, garam dan gula. Kacau lagi sehingga agak-agak garing atau pun mengikut citarasa masing-masing. Ada yang suka sambal ini rasa lembut-lembut, tak suke garing. Ada juga yang suka sedikit. Jaga-jaga jangan sampai hangit pulak. sambal ini juga boleh tahan berminggu kalau dimasak garing dan kering.
  6. Bila sudah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.( Kak mai terus masuk mangkuk je sebab guna minyak sikit)
* Memang tersangatlah sedapnya. Mak mertua den jauh kek kampung sebab tu masa makan memang tak nampak pun mak mertua lalu. Selamat mencuba.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Thank you

Unknown berkata...

Assalammualaikum.
Salam, Kak Mai.
Terima kasih di atas resepi sambal hitam. Semasa ulasan ini, baru sahaja memetik belimbing satu bakul plastik.
Jumpa lagi. Bye.

Unknown berkata...

Assalammualaikum,
Kak Mai, terima kasih di atas resepi sambal hitam.
Semasa ulasan ini dibuat, saya telah memetik sebakul belimbing di belakang rumah.
Saya ingin mencuba sambal hitam ini. Nampak meyelerakan.
Semoga berjumpa lagi. Bye.

Maizah Jalil berkata...

Wsalam. Sama-sama.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...