Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Ahad, 2 Mac 2014

Cheesecake Meleleh dengan strawberry filling dan hirisan fresh fig.



Kek Sponge yang biasa

Bhn2 Utk Kek
*100g tepung hongkong/tepung kek
*60g tepung jagung
*1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk/susu cair
75g mentega cair

Cara Membuat
1)Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
2)Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
3)Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
4)Bakar dalam oven pada suhu 160c-170c selama 45 minit @sehingga masak.

atau cara mudah (yg kak Mai guna ni)

   500gm sponge cake mix
   8 biji telur
  125 g air kosong.
*125g minyak jagung.

Cara:
  1. Campur dan putar semua kecuali yang bertanda * sehingga gebu. Masukkan minyak jagung sedikit sedikit dan kaup balik hingga rata.
  2. Alas loyang dengan kertas dan tuanglah adunan dalam loyang 11 X 11 in.
  3. Bakar 175FC selama 30-40 min.
  4. Sejukkan sebelum dibalikkan.

Untuk Cream
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream

Mix semua bahan dia atas hingga sebati 
adunan ini memang cair.
(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)

Untuk Hiasan 1 buku (250g) cheddar cheese,diparut (akak guna yang dah siap parut)
*Filing strawberry atau blueberri jika suka.

Cara penyediaan
1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 4 keping,tuangkan cream cheese di atas        kepingan pertama.
2. Masukkan dalam bekas seperti di atas dan curahkan cheese tadi.
3. Paipkan sedikit strawberri atau blueberry filling.
4. Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
5.Parutkan cheddar cheese di atas kek.Siap.
*Nak cantik boleh tambahkan strawberry atau akak letak fresh fig....so yummy.



Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...