Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Memaparkan catatan dengan label Crepe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Crepe. Papar semua catatan

Isnin, 26 November 2012

Durian Crepe lagi.

Assalamualaikum semua. Hari ni buat durian crepe lagi. Tapi kali ni bukan setakat makan sendiri, tapi memenuhi permintaan teman-teman yang teringin nak merasanya Kali ni kak Mai gunakan santan.  Lamalah juga kekawan ni terpaksa menunggu sebab al-maklumlah Kak Mai tak de dusun durian..tunggu durian gugur dari dusun orang lain ha ha ha. Pagi Ahad (semalamlah punya cerita) Lepas hantar anak rumah kawannya (kami dapat seplastik besar rambutan percuma daripada tuan rumah. Semoga tuan rumah ni seisi keluarga dilimpahi rahmat dan dimurahkan rezekinya ye) di Kampung Kondak arah ke Labu, abang pusing-pusing singgah pasar tani beli daging untuk Si Bongsu Dira ( nama timangan ayahnye Amanda Putri) Biasalah anak kak Mai ni suka sangat dengan sup dagingnya. Baru tukar lauk lain dah tanya semula sup daging..nasiblah laki ko nanti nak, makan sup jelah hari-hari keh keh keh.

Kak Mai memang malas hendak kei pasar malam  atau pasar tani, tak minat bersesak-sesak, en abang jelah keluar dengan Si Alang Haziq.  Dari jauh nampak dua beg pegang kiri kanan apalah tu??? Rupanya durian. Tanpa kak Mai minta en. abang dah belikan. Oklah tukan.

Harumnye duriannnn....pengemar durian mesti suka dengan bau durian ni. Tapi sesedap mana pun baunye, kak Mai tak tahan kalau di dalam kereta, lebih-lebih lagi masa cuaca panas mau pengsan dibuatnye. Ni durian, ibu kata nak buat durian crepe. Terima kasihlah ye. Jom kita buka sama-sama.... 



Wah cantik isinye, rasalah juga memang sedap, manis. Ada juga yang kurang elok, jadi kak Mai masukkan dalam bubur kacang. Durian ni biasalah luar nampak cantik tapi isi kita tak taukan...ada juga sebahagian cantik tapi sebahagian lagi kurang cantik, isinya keraslah bagai. Kita pilihlah isi yang cantik2, manis dan kalau boleh tak de yang keras di dalamnye. 

Resipi kali ni kak Mai ambil dari blog mamat ni Mohd Zahid.com . Boleh tahan juga crepe dia. Nak cuba kak Mai salin sikit di sini ye. Rasanya bahan-bahannye sama je cuma dia ada tambah sikit air dalam 100 ml betul tak.Jom kita tinjau.

Bahan-bahan :-
  • 250 gram Tepung Gandum 
  • 2 Biji Telur
  • 500ml Santan
  • 100ml Air (atau satu mangkuk kecil)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna (boleh ikut suka sendiri nak warna apa..
Bahan inti:
  •  Satu botol kecil Whipped Cream
  • Isi durian yang dilecek.






Cara-cara:-

  •  Masukkan ke semua bahan-bahan tadi dalam satu bekas besar
  • Kemudian blander dan tapis bahan-bahan tersebut menjadi cair. Jangan sampai adunan tepung tadi jadi berketul-ketul sebab tu kena tapi
  • Panaskan kuali leper/pan
  • Tuangkan satu senduk adunan dan ratakan guna belakang senduk atau lenggokkan kuali.
  • Apabila adunan telah menjadi crepe,  terbalikkan terus atas pinggan yang di alas plastik dan biar  sehingga sejuk. 


  • Ulanglah hingga habis. Untuk memudahkan kerja dan penjimatan ruang menyusun crepe yang dah dimasak tu, lapiskan setiap satu dengan plastik. Selain tidak melekat, memudahkan kita mengangkat crepe supaya tidak mudah koyak
  • Apabila selesai semuanya , putar whiping cream hingga kental .
  • Bentangkan crepe yang licin dibelakang, letakkan sesudu whiping cream, diikuti sesudu teh isi durian dan tutupkan semula dengan whiping cream.
  • Lipat kiri dan kanan bertemu, kemudan baru lipat kedua-kiri dan kanan hujungnya pula seperti bentuk bantal yang gebu.
  • Letakkan di dalam cup kertas yang dileperkan dahulu. 
  • Simpan dalam peti sejuk dan sedap dimakan ketika masih sejuk. Sebagai tambahan seperti sarananZahid ni, boleh dimakan dengan ais krim. Pasti sedapkan.


 




Dari resipi yang kak Mai buat ni, boleh menghasilkan lebih kurang 20 ke 25 keping crepe. Kalau nak lebih buatlah dua atau tiga adunan. Semalam kak Mai buat tiga adunan...sakit pinggang dibuatnye... Di sini kak Mai mengambil kesempatan nak ucamkan terima kasih kepada Pn. Norleen yang mengoder dan juga Kak Shamsiah Yacob serta En. Md Saberi dan isteri yang telah menyelamatkan crepe kak Mai untuk hari ni. Oklah kekawan kepada sesiapa yang nak cuba buat sendiri tu selamat mencuba ye. 




Khamis, 15 November 2012

Durian Crepe.


Assalammualaikum semua. Sana sini sanun dan merata-rata merayap di FB dan blog-blog dari mata lihat dan dari telinga mendengar crepe ini ..crepe itu  dan macam-macam crepe yang timbul. Paling popular dan sesedap rasanya ialah DURIAN CREPE. Masa balik kampung Ahad lepas, adik ipar bekalkan dua biji durian dari Perak. Memang tunggu-tunggu durian tu nak mengcrepe...Kesampaian juga akhirnya. Sebenarnya  lama dah kumpul resipi crepe ni rata-rata guna resipi di bawah ni. Ada juga yang guna macam-macam jenis tepung. Tapi menurut kawan kak Mai kaki masak juga, katanya liat sikit. Selain gunakan whiping cream, kita boleh guna cream kastard. Mana-manalah ikut selera masing-masing. Tapi resipi bawah ni kak Mai ubah sikit bukan saja-saja nak ubah sebab masa nak buat ni langit dah mula gelap dan guruh dah berdentum di langit....bila tengok resipinya alahai semua ada kecuali santan.  So kak Mai buat sedikit perubahan untuk mengantikan santannya tu. Jom kita tengok dan kalau boleh cubalah buat senang sangat.





Durian Crepe.

Bahan bahan

  • 250 gm tepung gandum (Boleh menghasilkan lebih 20 crepe)
  • 2 biji telur
  • 500 ml susu segar/ bancuhan susu tepung (resipi asal guna santan)
  • 1 sudu butter                                                                                        
  • 1/2 sudu teh garamSedikit pandan emulco (untuk warna hijau)atau sedikit warna-warna lain yang diperlukan.



           

Cara : 
  1. Ayak tepung gandum.
  2. Masukkan telur, susu ,butter garam dan tepung dalam pengisar dan bland hingga pusaran tengah blendar sebesar syiling 20 sen
  3. Panaskan non-stick pan dan sapu sedikit butter/minyak jagung pada kuali guna simpulan daun pandan.
  4.  Tuang 1 senduk adunan dalam  non-stick pan. 
  5. Angkat pan lenggokkan supaya adunan bulat, nipis dan licin
  6.  Bila dah masak angkat dengan perlahan,tak perlu terbalikkan
  7. Ulang hingga adunan habis.


Bahan inti :


  • 1 cawan Non dairy Whipping Cream
  • Isi durian secukupnya
Caranya:
  •  Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
  • Pisahkan isi durian dari bijinya.



  Cara buat crepe :


  1. Bentangkan 1 keping crepe. Letakkan Whipping Cream di tengahnya
  2. Letakkan isi durianTutupkan semula dengan Whipping Cream 
  3. Lipatlah crepe
  4. Letak atas paper cup.
  5. Kemudian masukkan dalam tupperware dan simpan dalam peti sejuk sebentar atau semalaman.
  6. Sedia dihidangkan dan sedap dimakan ketika sejuk. 
  7. Durian crepe juga cantik dengan pelbagai warna.


Di bawah ni kak Mai sertakan resipi asalnya ye...jom cuba buat.

Durian Crepe.
Resipi asal : Air tangan Renn Khan

Bahan bahan

  • 250 gm tepung gandum 
  • 3 biji telur ( guna 2 biji telor gred A)
  • 500 ml santan                                                                                         
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pes pandan dan sedikit pewarna hijau untuk kulit berwarna hijau
  • 1 sudu teh pewarna kuning untuk kulit berwarna kuning

Cara :


  1.  Satukan semua bahan & masukkan dalam blender dan kisar.
  2. Kemudian tapiskan
  3.  Panaskan non-stick pan
  4.  Bubuh sikit minyak, guna minyak jagung sapu guna tissue 
  5. Tuang 1 senduk ke dlm  non-stick pan.
  6. Angkat pan lenggokkan bulat ikut arah jam macam lenggok inul ye supaya cantik bulat
  7. Bila dah masak angkat dengan perlahan romantik2 gitu .tak perlu terbalikkan
  8.  Ulang hingga adunan habis.


Bahan inti :


  • 1 cawan Non dairy Whipping Cream
  • Isi durian secukupnya 
  • Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
  • Pisahkan isi durian dari bijinya. 



 Cara :

  1. Bentangkan 1 keping crepe
  2. Letakkan Whipping Cream di tengahnya
  3. Letakkan isi durian
  4. Tutupkan semula dengan Whipping Cream 
  5. Lipatlah crepe
  6. Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
  7. Enak dihidangkan dingin
* Di bawah ni kak Mai cuba tukar dengan Strawberry crepe he he he...tapi rasa tak leh lawan Durian Crepe.....boleh juga ganti dengan buah-buah lain seperti nangka,mangga, pisang dsb yang rasanya pasti akan rasa buah-buah tersebutlah hu hu  hu......






Selamat mencuba.

Ahad, 7 Oktober 2012

Crispy chocolate crepe with ganache & almond




Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.  Lama dah tak menyibuk di blog masak ni... Hari ni terbuka pintu hati dik penangan Sang Puteri Manja nie....Mengancam jiwa betullah...Dapat je resipi dari Sang Pu3..terus ke dapur.Terima kasih banyak ye Sang Puteri yang cantik jelita.  Memandangkan semua bahan memang dah sedia ada cuma almond yang kak Mai guna lebihan coklat almond yang kak Mai buat. Tak apalah janji almondkan..rasa tetap sama cuma almondnya teballah sikit tak macam Sang Puteri punya cantik menipis he he he...tapi masuk perut bukan nipis lagi, hancur teruskan... ye tak puteri? Oklah yang ni kak Mai ambil bulat-bulat bukan empat segi ye adik2 terus dari blog Puteri Manja di sini. 

CRISPY CHOCOLATE CREPE WITH GANACHE & ALMOND

BAHAN2NYA

150 GM TEPUNG GANDUM - DIAYAK
2 SUDU BESAR SERBUK KOKO - DIAYAK
1 SUDU KECIL BAKING POWDER - DIAYAK
SECUBIT GARAM
1 SUDU KECIL GULA PASIR
1 BIJI TELUR GRED A
250 ML SUSU CAIR (Kak Mai guna susu penuh krim je)
3 SUDU BESAR WHIPPING CREAM
1 SUDU KECIL CHOCOLATE PASTE/CHOCOLATE EMULCO ( kak Mai guna Emulco Capucino)


BAHAN SAPU ATAS CREPE ( COKLAT GANACHE )

50 ML WHIPPING CREAM (NON DAIRY)
100 GM COOKING CHOCOLATE
1 SUDU BESAR MADU
200 GM ALMOND FLAKES (DIBAKAR ...TUK TABUR ATAS CREPE) 
 CARA2NYA
  1. MULA2  MASAK GANACHE DULU SEBAIKNYA GUNA KAEDAH DOUBLE BOILING...MASUKKAN  WHIPPING CREAM DALAM MANGKUK HINGGA BERBUIH DI TEPI.  ANGKAT DAN MASUKKAN COKLAT.
  2. KACAU HINGGA COKLAT LARUT SEPENUHNYA. MASUKKAN PULA MADU DAN KACAU RATA. BILA DAH MASAK KETEPIKAN.
  3. SATUKAN TEPUNG GANDUM, SERBUK KOKO, BAKING POWDER, GARAM DAN GULA PASIR…KACAU RATA.
  4. DI DALAM BEKAS YG BERASINGAN SATUKAN PULA TELUR, SUSU CAIR, WHIPPING CREAM DAN COKLAT PASTE…KACAU RATA. (KAK MAI MASUK DALAM BLENDER JE)
  5. TUANGKAN BAHAN CECAIR KEDALAM TEPUNG TADI DAN PUKUL HINGGA RATA DENGAN KELAJUAN SEDERHANA. PASTIKAN SEMUA BAHAN TAK BERKETUL2. (KAK MAI MASUKKAN TERUS DALAM BLENDER TADI DAN BLEND SEBENTAR)
  6.  JIKA TAKDE ACUAN APAM BALIK,  GUNA NON STICK PAN PUN OK JUGA.  
  7. MASUKKAN SATU SENDUK ADUNAN KE DALAM KUALI NON STICK DAN NIPISKAN ADUNAN MENGGUNAKAN BELAKANG SENDUK. MASAK HINGGA GARENG. JGN  SAMPAI HANGUS SUDAH.
  8. BILA DAH MASAK ANGKAT DAN KETEPIKAN. BUAT LAGI HINGGA HABIS. SEMENTARA MENUNGGU ADUNAN SATU LAGI MASAK SAMBIL TU KITA SAPU ADUNAN DENGAN COKLAT GANACHE TADI DAN TABUR BADAM FLAKES DI ATASNYA. LIPAT CREPE DUA KALI SEHINGGA MEMBENTUK 3 SEGI. 
  9. SETELAH SEMUA MASAK DAN TELAH DISAPU GANACHE, SIMPAN ADUNAN DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER TAU). BIARKAN SEJUK SELAMA 30 MINIT ATAU SEJAM. SEDIA TUK DIHIDANG…POWERR BEB SEJUK2 MAKAN LAJUUU JERR...MEMANG POWERLAH PUTERI. TERIMA KASIH SEKALI LAGI.


KEPADA TEMAN-TEMAN CUBALAH SENANG JE MACAM BUAT LEMPENG...TAPI BIAR GARING SIKITLAH YE...ANAK-ANAK KATA SEDAP...BAPA ANAK-ANAK PUN KATA SEDAP GAK..HE HE HE RUGI KALAU TAK CUBA.  KAK MAI PUN NAK CUBA SEKALI LAGI...SEBAB MACAM TAK PUAS HATI JE NI...MACAM MENUNTUT TAK HABIS SEBAB LANGKAH YANG KE 9 TAK SEMPAT IKUT...DAH HABIS HE HE HE.....SELAMAT MENTRY YO....TA TA.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...