Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Isnin, 26 November 2012

Durian Crepe lagi.

Assalamualaikum semua. Hari ni buat durian crepe lagi. Tapi kali ni bukan setakat makan sendiri, tapi memenuhi permintaan teman-teman yang teringin nak merasanya Kali ni kak Mai gunakan santan.  Lamalah juga kekawan ni terpaksa menunggu sebab al-maklumlah Kak Mai tak de dusun durian..tunggu durian gugur dari dusun orang lain ha ha ha. Pagi Ahad (semalamlah punya cerita) Lepas hantar anak rumah kawannya (kami dapat seplastik besar rambutan percuma daripada tuan rumah. Semoga tuan rumah ni seisi keluarga dilimpahi rahmat dan dimurahkan rezekinya ye) di Kampung Kondak arah ke Labu, abang pusing-pusing singgah pasar tani beli daging untuk Si Bongsu Dira ( nama timangan ayahnye Amanda Putri) Biasalah anak kak Mai ni suka sangat dengan sup dagingnya. Baru tukar lauk lain dah tanya semula sup daging..nasiblah laki ko nanti nak, makan sup jelah hari-hari keh keh keh.

Kak Mai memang malas hendak kei pasar malam  atau pasar tani, tak minat bersesak-sesak, en abang jelah keluar dengan Si Alang Haziq.  Dari jauh nampak dua beg pegang kiri kanan apalah tu??? Rupanya durian. Tanpa kak Mai minta en. abang dah belikan. Oklah tukan.

Harumnye duriannnn....pengemar durian mesti suka dengan bau durian ni. Tapi sesedap mana pun baunye, kak Mai tak tahan kalau di dalam kereta, lebih-lebih lagi masa cuaca panas mau pengsan dibuatnye. Ni durian, ibu kata nak buat durian crepe. Terima kasihlah ye. Jom kita buka sama-sama.... 



Wah cantik isinye, rasalah juga memang sedap, manis. Ada juga yang kurang elok, jadi kak Mai masukkan dalam bubur kacang. Durian ni biasalah luar nampak cantik tapi isi kita tak taukan...ada juga sebahagian cantik tapi sebahagian lagi kurang cantik, isinya keraslah bagai. Kita pilihlah isi yang cantik2, manis dan kalau boleh tak de yang keras di dalamnye. 

Resipi kali ni kak Mai ambil dari blog mamat ni Mohd Zahid.com . Boleh tahan juga crepe dia. Nak cuba kak Mai salin sikit di sini ye. Rasanya bahan-bahannye sama je cuma dia ada tambah sikit air dalam 100 ml betul tak.Jom kita tinjau.

Bahan-bahan :-
  • 250 gram Tepung Gandum 
  • 2 Biji Telur
  • 500ml Santan
  • 100ml Air (atau satu mangkuk kecil)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna (boleh ikut suka sendiri nak warna apa..
Bahan inti:
  •  Satu botol kecil Whipped Cream
  • Isi durian yang dilecek.






Cara-cara:-

  •  Masukkan ke semua bahan-bahan tadi dalam satu bekas besar
  • Kemudian blander dan tapis bahan-bahan tersebut menjadi cair. Jangan sampai adunan tepung tadi jadi berketul-ketul sebab tu kena tapi
  • Panaskan kuali leper/pan
  • Tuangkan satu senduk adunan dan ratakan guna belakang senduk atau lenggokkan kuali.
  • Apabila adunan telah menjadi crepe,  terbalikkan terus atas pinggan yang di alas plastik dan biar  sehingga sejuk. 


  • Ulanglah hingga habis. Untuk memudahkan kerja dan penjimatan ruang menyusun crepe yang dah dimasak tu, lapiskan setiap satu dengan plastik. Selain tidak melekat, memudahkan kita mengangkat crepe supaya tidak mudah koyak
  • Apabila selesai semuanya , putar whiping cream hingga kental .
  • Bentangkan crepe yang licin dibelakang, letakkan sesudu whiping cream, diikuti sesudu teh isi durian dan tutupkan semula dengan whiping cream.
  • Lipat kiri dan kanan bertemu, kemudan baru lipat kedua-kiri dan kanan hujungnya pula seperti bentuk bantal yang gebu.
  • Letakkan di dalam cup kertas yang dileperkan dahulu. 
  • Simpan dalam peti sejuk dan sedap dimakan ketika masih sejuk. Sebagai tambahan seperti sarananZahid ni, boleh dimakan dengan ais krim. Pasti sedapkan.


 




Dari resipi yang kak Mai buat ni, boleh menghasilkan lebih kurang 20 ke 25 keping crepe. Kalau nak lebih buatlah dua atau tiga adunan. Semalam kak Mai buat tiga adunan...sakit pinggang dibuatnye... Di sini kak Mai mengambil kesempatan nak ucamkan terima kasih kepada Pn. Norleen yang mengoder dan juga Kak Shamsiah Yacob serta En. Md Saberi dan isteri yang telah menyelamatkan crepe kak Mai untuk hari ni. Oklah kekawan kepada sesiapa yang nak cuba buat sendiri tu selamat mencuba ye. 




1 ulasan:

Rozita Ceritaita berkata...

banyaknya...letih menengoknya...

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...