Assalamualaikum semua. Sudah makan tengah hari? Apa menu hari ini? Hari ni kak Mai nak masak sotong untuk makan tengahari. Itu je yang ada dalam peti sejuk beku he he he. Jam dah pun pukul 12.00 tengahari. Dapur tak berasap lagi. Nak masak apalah dengan sotong nie. Rasanya nak ubah selera asyik sotong masak kicap, sambal sotong, sotong goreng kunyit, sotong goreng tepung dan kali ni jalan-jalan di blog kekawan (Home Sweet Home) terjumpalah resipi sotong masala yang nampak sungguh menyelerakan. Memang sedap, yang penting bahan-bahannye ada dan senang disediakan.
Ini bahan-bahannya:
Bahan A:
·
500 gm udang (dibersihkan dan dipotong )
·
2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
·
3 tangkai daun kari
·
1/2 cawan yogurt asli (kak Mai ganti dengan susu + perahan lemon)
·
2 tangkai cili merah (dihiris serong)
·
2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
·
2 sudu besar cili kisar (jika suka)
·
1 labu bawang besar (belah 6 yang
ni kak Mai tambah sebab suka makan bawang.
Bahan B (dikisar):-
·
6 ulas bawang merah (@ 2 labu bawang besar)
·
3 ulas bawang putih
·
2 cm halia
·
1 sudu besar jintan putih - kisar kering
·
1 sudu besar jintan manis - kisar kering
·
1 sudu besar lada putih - kisar kering (kak Mai guna serbuk lada putih)
·
1 sudu kecil serbuk kunyit (kak Mai guna 1in. kunyit hidup kisar sekali
dengan bawang dan halia)
*Jintan putih dan jintan manis tu kak Mai sangai atas kuali dulu baru
kisar kering.
Cara-Cara:-
1. Panaskan minyak di
dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
2. Masukkan sotong dan
bawang yang dibelah 6 .Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu sbb
sotong tu akan berair bila kecut)
3. Masukkan yogurt,
cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
4.
Akhir sekali masukkan tomato.Sedia dihidangkan.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan