Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 24 November 2012

Roti kacang merah gebuuu

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Hari ni hujan dari tadi. Petang ni baru reda. Sejuk sangat dan perut lapar. Kepada yang berpuasa 10 Muharam (Hari Asyura) selamat berpuasa ye. Kak Mai tak puasa biasalah orang perempuankan...Tulah nie ha nak layan anak-anak cuti sekolah ni..sekejap-sekejap jengah dapur, kesian pulak. Kak Mai selongkar gerobok buruk adalah sikit tepung roti (high protein) Mauripan pun ada. Ok hari ni kita uli rotilah ye....Opppp roti ape ye takkan kosong je, buka peti sejuk cari-carilah kot-kot ade sosej...sedey...kosong tak de ape. Makluman kawan-kawan di sini, Kak Mai baru dapat bibik baru, bibik lama dah pos balik ada masalah. Bibik ni tak tau mende, kemas, basuh baju tu jellah yang taunye. Arahan kak Mai pun dia tak faham. Kak Mai suruh lain dia buat lain, masalahnye tak tau atau tak faham kita cakap tak mau bertanya pulak tu. Aduhhhh nak jadikan cerita dia bagi tau kak Mai peti sejuk beku di dapur tu tak boleh dibuka sebab terlalu banyak ais. Jadi kak Mai pun matikan suis peti sejuk tu dan pesan supaya lepas semua aisnye mencair,bersihkan. Kemudian pasang semula suisnye. 

Macam biasa hujung minggu kami mesti balik kampung ape lagi memang kelupaan habis. Satu hari tu hidung bau tak sedap tercari2 gak ada tikus mati ke??? Tak terfikir pun pasal peti sejuk tu. Kemudian hari yang lain, kak Mai suruh dia keluarkan ayam. Ya bu.....katanye. Dia pun rendam ayam tu cam biasa. Masa nak masak kak Mai tanya, kenapa ayam ni lebam semacam je..Maaf bu hari tu,saya terlupa pasang semula suisnya, saya engak tau macam mana???? Kalau korang jadi kak Mai agak-agaknye apa korang buat ye????  Subahanallah, kak Mai tarik semua peti sejuk yang dah pun membeku semula, rupa-rupanya yang bau busuk tu datangnye dari peti sejuk kak Mai yang penuh dengan ikan, daging, frozen food, dan sebagainye...Sedeyyy ya amat. Tapi kak Mai sikit pun tak marah dia. Oleh kerana terlalu geram kak Mai cuma cakap, kamu keluarkan semuanya sebab dah tak boleh dimakan. Cuci bersih peti sejuk ni. Kak Mai terus langkah keluar, start kereta pi kedai beli sardin di dalam tin je...hilang mood nak masak..Sekarang ni kak Mai beragak-agak nak beli lauk banyak di pasar....serik.

Sorilah panjang celoteh, mungkin ini boleh jadi pengajaran pada semua. Bukan nak mengumpat ye, cuma nak nyatakan kekesalan dan diharapkan peristiwa ni tak berulang untuk kali ke dua.  Kalau nak diceritakan tentang bibik baru ni pasti tak siap kak Mai masukkan entri roti hari ni...cukup-cukup sudahlah ye.  Jom kita sambung pasal roti yang teramat gebu untuk santapan anak-anak hari ni.

Nak resipi ke?  Penat baca ye. Resipi tak timbul-timbul gak ye. Sebenarnya dah ada dah masa dulu kala kak Mai dah buat dah roti ni cuba tinjau di sini.





U ols baik cuba roti ni memang teramat gebu. Sedap. Tukang rasa di rumah nilah yang cakap. Kalau tanya kak Mai tak acilah kan nanti kata isi bakul angkat sendiri. Sama je macam roti yang bawah ni cuma gupe dia je kak Mai tukar.

Oooo ada yang tanya cam mana kak Mai buat atau bentukkannye ye? Senang je. Lepas doh tu direhatkan lebih kurang 15 ke 20 minit atau sekali ganda naik. Bulat-bulatkanlah dalam 60gm sebiji. Siap je bualat-bulatkan (dah ambil masa dahkan so tak yah rihatkan lagi pun tak ape) ambil yang awal-awal sekali tu letaklah inti kacang merah. Tutup semula membulat. Letak atas dulang pembakar, ambil gunting, gunting je tepi-tepi dia ikutlah nak gunting banyak mana agak-agaklah ye 5 ke 6 ke..ikut sukalah. Lepas tu rihatkan lah sekejap. Biar dia naik sikit lagi, Dah boleh bakar lepas tu. Bakar hingga kuning atasnya tu guna api atas bawah.   Sedap sangat makan panas-panas tapi hati-hati nanti terbakao lidah he he he.

Alhamdulillah seronok anak-anak makan, muailah juga. Eloknya simpan dalam bekas bertutup ye. Bawah ni roti yang sama juga. Cuma kak Mai buat bentuk lain, sama macam bentuk dulu-dulu tu..saja nak gupa lain-lain.


Kalau nak tau cara buat roti ni gupa gitu, tinjau di sini pula ya...Kalau nak nampak berkilat, sebelum tabur icing tu, lepas je kuar oven, sapukan dengan butter yang dicairkan mix ngan gula icing.Lepas tu taburlah gula icing atasnye. Kalau naklah tak nak pun tak ape.

 Oklah kekawan selamat mencuba.  

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...