Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Rabu, 21 Disember 2011

Cara membentuk roti kacang merah merekah

IMG_5763
Hari ni layan anak-anak dengan roti  kacang merah.  Memang gebu…..kalau nak resepinya jom klik sini.
Tapi kak Mai guna tepung  gandum biasa je sebab tepung high protein tak ada.  Tapi gebus saja. Sekejap dah selamat jalan. Di sini kak Mai nak tunjukkan cara nak bentuk roti kacang merah merekah ni bagi yang nak tau.
Langkah-langkah:
IMG_5717IMG_5718
Biarkan adunan rihat 20 minit (tutup dengan kain lembap)
IMG_5719IMG_5721
Bulat-bulatkan adunan seberat 60gm dan biarkan lagi 20 minit (tutup juga dengan kain lembap)
IMG_5722IMG_5724
Canaikan dan letak inti kacang  dan dibalut.
IMG_5725IMG_5726
Gelek menggunakan penggelek perlahan-lahan.
IMG_5727IMG_5729
Gulung hingga hujung.
IMG_5734IMG_5735
Hiris bahagian atas roti perlahan-lahan atau gunting lagi senang dan biarkan 15 min lagi. Kemudian sedia untuk dibakar.
Bakar pada suhu 180 darjah hingga warna perang.
IMG_5747
Keluarkan roti.Sapukan campuran gula dan butter atas roti menggunakan berus. Bakar sebentar saja lagi.
IMG_5764IMG_5752
Inilah roti gebu yang sungguh lembut dan enak dimakan.  Selamat mencuba.

2 ulasan:

atie @ ejay berkata...

tq..nak try:)

Maizah Jalil berkata...

Silakan. Boleh hiris guna pisau ataupun guna gunting je lagi senang.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...