Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Rabu, 21 Disember 2011

Mini pizza

Sebenarnya adunan ni baki kak Mai buat roti,  separuh buat roti dan separuh buat pizza mini ni.Tapi rasanya sedap sangat. Bahan-bahan pun kak Mai guna yang ada di rumah je. 

IMG_5753

Bahan-bahan A:

  • 700gm tepung tinggi protein (guna tepung gandum  je).
  • 11g yis segera
  • 35g susu tepung
  • 50gm gula
  • 1 biji telur
  • 70 gm butter
  • 400ml air suam
  • sedikit garam
  • 1 cmt serbuk pelembut roti.

Bahan B (ikut suka letaklah apa-apa yang patut):

IMG_5741

  • 1/2 batang lobak merah (didadu)
  • 1/2 labu bawang besar (dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 tongkol jagung (hiris isinya)
  • 4 batang sosej (hiris bulat)
  • sos cili dan sos tomato secukupnya.
  • mozarella cheese
  • oregano

Cara-caranya:

  1. Campurkan ke semua bahan A di atas dalam mesin pengadun.
  2. Uli selama 20 minit dan rehatkan 20 minit.
  3. Dah naik...bulatkan kecil2 (80gm) dan tutup dengan kain lembap.
  4. Biarkan sehingga naik lagi.
  5. Campurkan sos tomato dan sos cili dalam satu bekas. Masukkan bawang merah dan bawang putih.
  6. Canai dan sapukan sos diatas roti. Taburkan lobak dan jagung.  Susun sosej diatasnya.   
  7. IMG_5742IMG_5744
  8. IMG_5745IMG_5768
  9. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selama 15 minit.
  10. Keluarkan dari oven. Tabur cheese dan daun oregano.
  11. Bakar semula sebentar dan bolehlah dihidangkan masa panas-panas. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...