Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Khamis, 22 November 2012

Sarang kentang


Assalamualaikum semua.  Apa khabar? Masih dalam misi menghabiskan kentang-kentang yang di beli sekotak hari tu. Apa lah boleh buat ngan kentang nie ye? Sebelum ni dah buat popiah kentang, kari ayam pun dah letak kentang...Jom kita tinjau kak Mai buat ape lagi ngan kentang ni.... Tak tau nak bagi apa nama benda ni. Boleh dikategorikan kuihlah juga ye. 


Bahan-bahan:

4 biji kentang
4 biji telur
150g cream cheese
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit lada hitam 
Origano (ikut sukalah ye)
Daun bawang (hiasan)

Cara-caranya:
  1. Sagat kentang, Basuh (biar sagu kentang keluar supaya tak melekat sangat) toskan.
  2. Kemudian campur lada hitam, lada sulah, daun origano dan sedikit garam.
  3. Goreng tanpa minyak dalam non-stick pan sampai sedikit perang.
  4. Masukkan dalam bekas aluminium dan tekan-tekankan serta lubangkan di tengah (macam sarang burung)
  5. Telur dipukul sedikit guna whisk dan masukkan cream cheese dan sedikit garam.
  6. Hangatkan sekejap secara double boil sambil kacau sampai sebati dan likat.
  7. Angkat dan tuangkan dalam sarang kentang tadi.
  8. Taburkan potongan daun bawang di atasnya dan bakar dalam 20 minit suhu 180C atau hingga atasnya nampak perang.
  9. Enak dimakan ketika panas bersama sos pedas. (Resipi sos di sini)
Selamat mencuba ye.





Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...