Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 17 November 2012

Popia kentang lemak berkrim .

Hari ni pi membeli belah untuk stok simpanan seminggu sebab hubby nak out station.  Tinggal ngan anak-anak jelah.Tak leh ikut sebab esok dua orang boboboy nak potong bird dan angah tengah periksa SPM. Masa memilih brg2,  ternampaklah kentang sekotak harganye tak sampai RM 10.Terus ambil.  Wah kena fikir pulak menu  ape selain masak kari atau gulai campur kentang, goreng kentang lagi ape ye....mesti sana kentang, sini kentang, sanun kentang  jelah nampaknye ni. Kentang..oh kentang.  Jeng..jeng..jeng ini menu memang patut dicuba..dari tua sampai budak kecik pun pasti suka punya..gabungan antara kampung dan bandar ha ha ha....JOM kita masak..............Popia kentang lemak berkrim dengan sos cili 


Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus kulit popia (saiz sedang)
  • 4 buku ubi kentang (rebus dan kupas kulit)
  • 150 g cream cheese (ikut suka kalau banyak sedap gak)
  • sedikit lada hitam (kalau boleh yang kasar sikit tu)*
  • sedikit lada sulah (serbuk)*
  • sedikit daun origano (kering)*
* agak-agaklah masa letak ada yang suka letaklah lebih ada gak yang tak suka kurangkan atau x letak pun x ape.  Kak mai memang suka dengan lada hitam, 


Bahan sos:
  • 1 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu cili kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato 
  • gula secukup rasa.
  • garam secukup rasa


Caranya:

  1. Lecek kentang bersama cream cheese ketika masih panas supaya cheese mudah sebati ngan kentang.
  2. Campurkan lada hitam, serbuk lada sulah dan daun origano.
  3. Ketepikan  dan biarkan sejuk sebentar.
  4. Kisar bawang. 
  5. Masukkan bawang dan ke semua bahan untuk sos dalam periuk kecil.  
  6. Panaskan hingga mendidih.  Sebelum angkat rasalah ikut selera masing2 ye.
  7. Kemudian bungkuslah inti dalam kulit popiah macam kita buat popiah biasa, buatlah hingga habis.
  8. Goreng ngan api perlahan hingga keperangan.
  9. Kak Mai simpan sebahagian popia dalam peti sejuk beku. Nanti leh goreng lagi sebab popia ni sedap dimakan ketika panas-panas. 
Selamat Mencuba ye.....








Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...