Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Isnin, 19 Ogos 2013

Chocolate moist cake @cupcakes

Chocolate moist cake @ cupcakes

Chocolate moist cake @ cupcakes
Bahan A (ayak semua):

300gm tepung
100gm serbuk koko@ serbuk coklat (amat mempengaruhi nak rasa sedap guna yang berkualiti biasanya mahallahkan)
1 camt serbuk penaik
1 camt soda bikarbonat

Bahan B:
3 biji telur gred A
400 gm gula castor
1 camt esen vanilla

Bahan C:
250 ml susu cair (kak guna susu kotak)
250 ml minyak jagung.
2 sudu besar susu pekat (letak lebih lagi lembap)

Bahan D:
250 ml air panas

Cara utk kek:
1. Satukan bahan B dan pukul hingga putih @ gebu.
2. Masukkan bahan C dan pukul sebati.
3. Masukkan A dan kaup balikkan.
4. Tambah air panas dan gaul sebati.
5. Tuang dalam loyang bulat atau 4 segi saiz 8 in yg telah
    dilapik kertas.
6. Bakar 170 C atau kukus (1 hingga 1 jam setengah)

* untuk elak air menitis semasa kukus boleh tutup dengan
   plastik atasnya dan ikat loyangdengan kemas sebelum
   kukus.
* jangan buka oven atau pengukus sebelum 1 jam pertama.
* Jika guna bekas dadih utk cupcake tuang separuh sahaja
   dan  gunakan penutupnya sekali semasa kukus.




Toppingnya kak Mai memang suka ikut nie dari dulu:

250 gm coklat masakan
250 gm whipping cream.

Cara buat topping:
Double boiler whipping cream dan bila agar dah berbuih tepi @ dah panas angkat dan masukan coklat. Kacau saja sampai coklat cair dan terus boleh dicurah atas kek. Taburlah dengan coklat rice atau manik2 gula untuk tambah serinya.

Kalau cupcake boleh dapat antara 30-35pc.
Ini cara kak Mai semua sememangnya suka ikut cara dan gunakan bahan2 yang mudah saja. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...