Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Sabtu, 17 Ogos 2013

Mee Kuah

Photo: Jom makan mee kuah Bukit Mahkota.


Mee kuah
Bahan-Bahan
Mee Kuning   (kak Mai buat sendiri)  - Di basuh dan di celur
2 ulas Bawang besar - dikisar
2 ulas Bawang putih - dikisar
15 tangkai Cili kering - dikisar
1/2 sudu sos tiram
Udang/sotong/ketam
1 sudu kecil Udang kering
1 biji kentang
2 biji telur (kak mai rebus je)
sayur sawi
garam/perasa secukup rasa
bawang goreng

** Untuk kuah pekat ala-ala mee rebus:
i) Rebuskan kentang, kulit udang dan udang kering didalam periuk kecil
ii) Apabila sudah masak, keluarkan kulit udang
(kalau rajin kisar &; toskan air kisar kulit udang tu)
iii) Kisar bahan2 lain seperti kentang &; udang kering

Cara-cara masakan:
i) Tumiskan bawang merah &; bawang putih yang sudah dikisar hingga naik bau
ii) Masukkan cili kisar dan tumis hingga masak/garing
iii) Masukkan 3 cawan air (lebih sedap kalau ada air rebusan daging/udang) dan didihkan
iv) Masukkan bahan kisar dari **
v) Masukkan udang, sotong &; garam/perasa
vi) Bila dah sedap, masukkan sawi &; pecahkan telur (kak mai x campur telur dalam kuah)
vii) Bila telur dah masak, tuangkan kuah ke atas mee kuning yang sudah dicelur
viii) Taburkan lada hiris, bawang goreng &; limau.. taraaaaa siap untuk dihidang

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...