Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Khamis, 18 Julai 2013

Kuih dadar @ ketayap

.
Membuat inti kelapa:

Bahan-bahan:
1/2 kelapa parut (putih je atau kelapa inti)
1/2 buku gula melaka ( dipotong kecil)
1 helai daun pandan
3 ulas durian (jika suka)
sedikit air

Caranya:
  1. Masukkan sedikit air dalam kuali.
  2. Masukkan gula melaka dan gula pasir beserta daun pandan.
  3. Biarkan gula larut dan sedikit pekat.
  4. Masukkan kelapa dan isi durian.  Kacau hingga sebati.
  5. Jika kering masukkan sedikit air.  Kacau selalu ye...
  6. Angkat dan sejukkan sebelum digunakan sebagai inti kuih koci, pau atau kuih ketayap@ kuih dadar.

inti kelapa
Kuih dadar.
Bahan:
Inti kelapa secukupnya.
2 cawan tepung gandum
500 ml air daun pandan
2 biji telur
sedikit garam.
sedikit minyak
sehelai daun pandan (disimpul)

Cara:



  1. Masukkan telur, air pandan, tepung gandum dan sedikit garam dalam blender.
  2. Blend hingga pusar sebesar duit 20 sen. 
  3. Jika pusarannya besar sangat tambahkan sedikit tepung lagi dan sebaliknya jika kecil sngat....tambahkan sedikit air.
  4. Lenser kuali (non-stick) dengan sedikit minyak menggunakan simpulan daun pandan.
  5. Ambil sesenduk kecil adunan dan dadar dalam kuali.
  6. Angkat dan letakkan sedikit inti kelapa dan gulung membentuk kuih dadar.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...