Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Khamis, 18 Julai 2013

Roti jala



Bahan-bahan
220 gram tepung gandum (kak mai agak2 jer)
200 gram fresh milk (kak mai guna santan)
200 gram air
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Sedikit serbuk pati ayam (jika nak)
sedikit kunyit serbuk
Acuan roti jala



Cara Membuatnya:
  • Masukkan susu atau santan, air , telur dan garam dan sebahagian tepung gandum dalam blender.
  • Blend dan masukkan lagi tepung sehingga membentuk pusaran sebesar duit 20 sen bila dibuka perlahan2 penutup blender.
  • Jika masih cair tabahkan tepung.
  • Tapis dan masukkan dlm acuan roti jala. kak mai guna botol mata tiga.
  • Panaskan kuali dan sapu minyak/butter menmenggunakan daun pandan yang diikat
  • Tebarlah ikut suka dan angkat bila adunan di bahagian atas sudah  bertukar warna lebih cerah.
  • Kemudian jala lagi .
  • Lipat atau gulung roti jala yang sudah masak tadi dengan kemas. 
  • Ulang sehingga adunan habis.
Sesuai di hidangkan dengan kari ayam atau daging atau kuah kesukaan anda. Selamat mencuba!




2 ulasan:

adda syuhada berkata...

sedapnya..

Maizah Jalil berkata...

He he he dua2 hari menjala habis semuanya.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...