Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Rabu, 17 Julai 2013

Butter Prawn Bersarang





Assalamualaikum. Petang semalam cuba buat butter prawn bersarang tapi sarangnya kurang menjadi. tapi tetap boleh dimakan. Alhamdulillah. Masa pergi Johor hari tu, kawan ada belanja makan butter prawn ni. Terasa lagi ditekak keenakkannya.Di sini nak share resipinya manalah tau nak cubakan. 
Resipi kali ni kak Mai terjah di My Small Kitchen:

Bahan Bahan

12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
  • Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.
  • Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan.
  • Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
  • Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
  • Matikan api bila minyak tu panas2. 
  • Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.
  • Untuk menghidang, letakkan udang dalam pinggan kemudian taburlah sarangnya. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
* 2 kali kak Mai cuba tak menjadi sarangnya. Kali ketiga baru nampak sedikit sarangnya tapi masih belum berpuas hati. Perlu cuba jaya ni. Di bawah ni ada satu lagi resipi. Resipi ni dari blog dapur Mamasya:


SARANG TELUR/FLOSS :
2 biji Kuning Telur
Sesenduk Butter/Margerin
Secawan Minyak

Cara
  • Pukul ringan kuning telur. Boleh tambah atau gandakan lagi kuning telur dan bahan di atas jika suka floss yang banyak. Panaskan Butter/Margerin bersama minyak.
  • Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti yer.
  • Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak bewarna keemasan.
  • Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan ker untuk toskan minyaknya


BAHAN BAHAN :

12 ekor Udang size besar atau Sederhana
Sedikit Garam
Sedikit Lada Sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas Bawang Putih ~~ dicincang
6-8 tangkai Cilipadi ~~ dihiris
5 tangkai Daun Kari
1/4 cawan Susu Cair
Sedikit Butter/Margerin untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Putih ~~ jika suka
Garam secukup rasa

Cara
  • Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng hingga agak berubah warna dan masak jer. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantek dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
  • Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cilipadi dan daun kari hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. 
  • Masukkan udang yang kita goreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa.Letak sedikit sahaja garam sebab butter dah masin dah.
  • Setelah semua bahan masak dan mesra bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan Sarang Telur/Floss yang kita buat tadi. Siap. Selamat mencuba.

2 ulasan:

adda syuhada berkata...

Assalam...sedapnya...sy suka sgt makan butter prawn ni..

Maizah Jalil berkata...

Wsalam. Memang sedap pun.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...