Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jumaat, 12 Julai 2013

Rendang daging


from: My Resipi


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

1kg daging- potong kecik-kecik
2 peket kecik rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa-ambik santannya
garam
gula melaka / gula
sedikit air asam jawa

****BAHAN KISAR**
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1-1/2cm halia
1-1/2cm lengkuas
15-20 biji cili kering

***BAHAN MAYANG ***
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 sudu teh maggi cukup rasa (kak Mai tambah nie)
Cara-cara

Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.


Oklah teman-teman.  Selamat berpuasa, selamat beribadat dan selamat mencuba.......Salam Ramadhan..




Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...