Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Khamis, 6 Disember 2012

Kerabu Mangga


Assalamualaikum dan selamat petang. Hidangan ke tiga kak Mai hari ni ialah kerabu mangga. Buat pengetahuan semua, buah mangga ni kak Mai ambil dari kampung kak Mai di Air Molek. Satu ketika dulu masa kak Mai kecil lagi,  arwah bapa kak Mai memang suka tanam pokok mangga. Hampir boleh dikatakan keliling halaman rumah mesti terselit dengan pokok mangga. Biasanya pokok mangga ni tak tahan lama, lepas satu-satu pokoknya rosak dan ditebang. 

Selepas kak Mai berkahwin, sebatang pokok mangga dah tak ada lagi. Kebetulan suami kak Mai ni memang pengemar pokok-pokok. Kalau balik kampung mesti singgah nurseri cari pokok-pokok untuk ditanam. Mangga ni pun salah satu dari pokok yang suami kak Mai tanam lebih 20 tahun dahulu.  Pokok ni memang rajin berbuah dan sekali berbuah tu sangat lebat.


Biasanya kalau hari sekolah, buah-buah mangga ni kak Mai agih-agihkan pada kekawan yang minat terutama yang mengidam. Sekarang ni cuti sekolah, jadi makan sendiri jelah ye. Sementara tunggu nak masak mangga ni, apa kata digunakan dulu untuk buat kerabu, bukannyebanyak pun sebiji pun rasanya dah cukup untuk sekeluarga makan, lagipun anak-anak bukannye suka pun makan kerabu ni.

Hari ni kak Mai nak buat kerabu yang simple je, bahan-bahan pun nak kutip keliling rumah je. Jom tengok kak Mai  guna apa.



Bahan-bahannya:

  • 1 biji mangga muda.
  • 1 labu bawang besar
  • 1 batang serai
  • 1 kuntum bunga kantan 
  • 2 helai daun limau purut 
  • 1 in halia
  • 6-10 tangkai cili api (ikut suka banyak mana)
  • 1 biji cili merah 
  • 1 biji perahan limau nipis (jika mangga kurang masam)
  • segengam ikan bilis /udang kering
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • lengkuas jika suka (kak Mai tak letak pun)
Cara-caranya:
  1. Kupas kulit mangga dan rendam sebentar dengan air garam.
  2. Hiris memanjang atau kalau malas sagat je.
  3. Bawang besar ( rumah kak Mai susah nak jumpa bawang kecil he he he..) bunga kantan, daun limau purut dihiris begitu juga dengan cili merah dihiris serong.
  4. Cili api dipotong kecil-kecil.
  5. Ikan bilis dicuci, goreng dan dikisar kering bersama hirisan halia dan serai.
  6. Campurkan ke semua bahan termasuk air perahan limau nipis jika mangga kurang masam dan gaul hingga sebati. 
  7. Tambahkan sedikit garam dan gula bagi penyedap rasa.
  8. Sedia untuk dihidangkan.







Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...