Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Jumaat, 7 Disember 2012

Puding Kiwi Zespri



Assalamualaikum dan selamat petang semua.  Apa juadah untuk minum petang hari ni.  Rasanya minggu lepas berkenan sangat dengan Strawberry Snow Puding yang Puan Putri kita buat tu.  Cantik terbayang-bayang sampai tak boleh lelapkan mata. Tapi sedey..cari strawberry tak jumpalah pulak...Pergi Tesco dah habis.  Frust jugalah tapi nak cuba juga buat...so kak Mai gantikanlah strawberry tu dengan Kiwi. Nama pun kak Mai tukarlahkan. Maka lahirlah Puding Kiwi Zespri nie..... Jom tinjau bahan-bahannya (sama je macam strawberry snow puding dan kak Mai C&P dari blog  Pu3) Putri jangan marah yerrr....

BAHAN2NYA ( GUNA LOYANG 7")

LAPISAN SUSU
- 4 GM AGAR-AGAR SERBUK(1 SUDU KECIL)
- SEDIKIT ESEN VANILA
- 200 ML SUSU SEGAR
- 50 GM GULA KASTOR
- 175 ML WHIPPING CREAM

LAPISAN KIWI 
- 4 GM AGAR-AGAR SERBUK(1 SUDU KECIL)
- 2  BIJI KIWI (KAK MAI LETAK 3 MASAM SANGAT)
- 75 ML AIR
- 75 GM GULA KASTOR
- 1 BIJI PUTIH TELUR
- SEDIKIT PEWARNA HIJAU

LAPISAN KUNING LEMON
- 4 GM AGAR-AGAR SERBUK (1 SUDU KECIL)
- 375 ML SUSU SEGAR
- 70 GM GULA KASTOR
- 1 BIJI KUNING TELUR + 1 SUDU BESAR SUSU SEGAR DIPUKUL SEDIKIT.
-SEDIKIT LEMON EMULCO


** SEBIJI KIWI DI HIRIS UNTUK HIASAN **






LAPISAN SUSU:
  1. HIRIS BEBERAPA BUAH KIWI DAN SUSUN DALAM LOYANG.
  2. SATUKAN SEMUA BAHAN2 KECUALI WHIPPING CREAM. MASAK ATAS API DAN KACAU SEHINGGA GULA LARUT. 
  3. MATIKAN API, MASUKKAN WHIPPING CREAM TADI DAN KACAU HINGGA RATA.
  4. ALASKAN SEBELAH LOYANG DENGAN BUKU/DULANG (SEPERTI GAMBAR DI ATAS) 
  5. DENGAN MENGGUNAKAN SENDUK MASUKKAN ADUNAN SUSU KEDALAM LOYANG YG SEDIA ADA KIWI. MASUKKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT. KETEPIKAN.




LAPISAN KIWI  PULA. 
  1. BUAH KIWI DIKISAR BERSAMA AIR DAN PEWARNA HIJAU HINGGA LUMAT. 
  2. KELUARKAN DAN MASUK KE DLM PERIUK. SATUKAN SEKALI DENGAN GULA DAN AGAR2. 
  3. MASAK HINGGA GULA DAN AGAR2 LARUT. MATIKAN API. 
  4. DLM BEKAS LAIN PUTIH TELUR DIPUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI SEHINGGA KENTAL BERTANDUK. 
  5.  MASUKKAN SEDIKIT AGAR2 KIWI TADI KEDALAM PUTIH TELUR SAMBIL MEMUKUL. 
  6. MASUK BAKI AGAR2 KIWI KE DALAM PUTIH TELUR DAN KACAU RATA. 
  7. TUKAR ARAH LOYANG (SEPERTI DLM GAMBAR DI ATAS)
  8. DENGAN MENGGUNAKAN SENDUK JUGA TUANG AGAR2 KIWI DIATAS LAPISAN SUSU TADI SEDIKIT DEMI SEDIKIT. KETEPIKAN.




LAPISAN KUNING LEMON  PULA.
(KAK MAI TAK GUNA COKLAT SEBAB RASANYA KOMBINASI KIWI DAN COKLAT KURANG MENARIK BAK KATA TUAN PUTRI TU SO KAK MAI TUKARLAH WARNANYE)

  1. SATUKAN SUSU, GULA, AGAR2 DAN PEWARNA KUNING LEMON. MASAK HINGGA GULA DAN AGAR LARUT. 
  2. MASUKKAN SEDIKIT AGAR2 MASAK KE DALAM KUNING TELUR DAN KACAU SEBATI KEMUDIAN MASUKKAN KE DALAM AGAR2 TADI  DENGAN API YG KECIL.
  3.  MATIKAN API DAN KACAU2 LAGI SEHINGGA ADUNAN SEDIKIT SEJUK. 
  4. RATAKAN SEMULA LOYANG.
  5. SAMA JUGA DENGAN MENGGUNAKAN SENDUK TUANGKAN AGAR2 KUNING DIATAS AGAR2 KIWI TADI.
  6.  PASTIKAN SEMUA DAH MELAPIS BARU MASUKKAN KE DALAM PETI SEJUK. BIAR KAN SELAMA 1 JAM ATAU LEBIH SEBELUM MEMOTONG.

 







     SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...