Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Isnin, 10 Disember 2012

Ayam Kurkar



Assalamualaikum semua. Hari ni dalam kepala nak masak ayam tapi tak tau ayam tu nak masak ape. Pagi-pagi dah berhubung dengan cik tenet merayau-rayau mencari resipi ayam. Mata terpaku pada resipi di blog CMG "Ayam Kurkar.. pelik tapi sedap". Menurut CMG resipi tersebut asal dari "IBUNDO" Tapi ibundo masak guna ayam kampung. Pasti sedap punyakan. Kak Mai tak sempat tangkap ayam kampung...tangkap ayam bandau jelah he he he. Chef Mat dan Ibundo terima kasih atas resipi tersebut. Sangat sedap berbaloi kak Mai ikut. Kak Mai minta halalkan resipi ni yo dan harap tak marah kalau kak Mai C & P di sini. Jom ape tunggu lagi...jom masak ayam KURKAR ni.


BAHAN-BAHANNYA :
1 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang, kupas dan potong 4 setiap satu, rendam
5 camca besar rempah kurma
2 camca besar rempah kari daging
3 camca besar pes tomato puri
2 camca besar cili kisar
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, hiris
2 batang serai, dititik
2 cawan santan
Air, jika perlu
Garam dan gula secukup rasa



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh rempah kari, rempah kurma, cili kisar dan tomato puri dengan sedikit air hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga harum. 
  2. Masukkan pes rempah tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.Masukkan ayam dan gaul rata. Biar hingga ayam kecut. Masukkan santan, kacau rata dan masukkan kentang. 
  3. Masak hingga kentang empuk (kalau perlu tambah sedikit air), tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili sebagai hiasan sebelum dihidangkan. 




Selamat Mencuba.


Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...