
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi-pagi lagi kak Mai dah meredah dapur. Siapkan sarapan pagi untuk anak-anak yang nak merantau ke tempat orang tak taulah berapa hari berapa malam. Katanya nak jalan-jalan kampung kawan dan nak masuk dusun. Oklah lepaskanlah juga......sebab kita nak berjalan tak dapatkan. Biarlah dia lihat kampung dan cara hidup orang lain pulak.
Sebelum berangkat kak Mai jamu mereka dengan nasi lemak kukus dan ayam goreng halia.

Tujuan mereka biasalah pengemar durianlah katakan mestilah nak masuk dusun keluarga kawannya Amir (dalam gambar bawah yang baju purple) untuk makan durian.


Mereka lama dah merancang selepas SPM nak ke rumah atok Amir. Kak Mai pun dilawa sekali. Biasalah kak Mai memang muka tak malukan he he he...Malam sebelum bertolak, Amir dan kawan-kawannya tidur rumah kak Mai. Malam tu ibu dan ayahnye terus balik kampung dahulu. Nak tau cerita selanjutnye jom ke sini yo.....Oklah ni kak Mai nak share resipi ayam goreng halia santai ni.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (potong ikut suka)
- 1 biji bawang besar dihiris
- 3 ulas bawang putih di hiris
- 1 inci halia di hiris memanjang
- 3 biji cili hidup dihiris serong
- Sedikit air asam jawa
- garam secukup rasa.
- minyak.
Caranya:
- Ayam yang telah dibersihkan digaul garam kunyit dan digoreng.Angkat dan toskan.
- Keluarkan minyak bekas gorengan ayam tadi dan tinggalkan sedikit di dalam kuali.
- Tumis semua bahan hirisan kecuali cili.
- Masukkan ayam ,air asam dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali baru masukkan cili. Kacau sebentar.
- Sedia untuk dihidangkan dan makan bersama nasi lemak kukus atau nasi panas, Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan