Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Ahad, 1 Ogos 2010

Donut Lembut



Pagi ni kak Mai nak melayan selera anak-anak. Anak-anak meminta kak Mai membuat donat sebab dah lama tak buat. Kak Mai pun carilah kembali resepi nak buat donat ni.....akhirnye terjumpa satu resepi dalam simpanan dan tak pasti dari mana. Kepada yang empunya resepi asal, kak Mai ucapkan terima kasih....memang lembut donatni.....

Bahan A:
  • 600g tepung gandum
  • 1 Peket Yis Segera-11gram(Mauripan)
  • 1 sudu besar gula.
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil garam
Bahan B:
  • 1 biji telur (pukul sedikit)
  • 330ml air suam.
  • sudu besar majerin
  • 1 sudu kecil bread softener
Bahan C:
  • Minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
  2. Masukkan Bahan B dan kacau rata. Uli adunan hingga sebati dan lembut.
  3. Tutup dengan kain lembab dan biarkan 1 jam atau hingga naik sekali ganda.
  4. Canai mengikut bentuk kesukaan.
  5. Biarkan seketika anggaran 10 - 20 minit.
  6. Panaskan minyak dan masukkan donat.  Pastikan api perlahan.
  7. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA


          http://www.youtube.com/watch?v=uJ-zwxTFEaM&feature=colike

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...