Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Ahad, 8 Ogos 2010

Keli goreng bercili.

Ikan keli goreng bercili ini adalah kegemaran anak-anak kak Mai. Ikan keli selalunya kak Mai beli daripada kawan kak Mai yang tinggal di Rinching Hilir. Memang sedap ikan keli belaan kawan kak Mai ini sebabnya tak berbau. Selalunya kak Mai minta dibersihkan terus dan dibuang kepala. Kak Mai cuma bersihkan semula dan sedia untuk dimasak. Bahan-bahan:
1 kilo ikan keli bersih dan buang kepala.
2 biji bawang besar di hiris
Cili hidup/ cili kering di mesin kasar.
Asam keping/asam jawa
Garam dan sedikit gula.

Cara-cara:
Ikan yang telah dibersihkan, dilumur garam dan kunyit. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Tumis hirisan bawang hingga perang dan masukkan cili yang telah dikisar. Masukkan asam keping, garam dan sedikit gula sebagai perasa. Apabila garing masukkan ikan keli. Selamat mencuba....

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...