Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Isnin, 12 Mac 2012

Black and White Chocolate cake.

IMG_7943
Memang sedap betul kek nie…rugi kalau tak cuba.
Bahan-bahan
A.Kek:
  • 250gm butter
  • 370gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 4 biji telur gred A
  • 320 gm tepung gandum
  • 1 cmt baking soda
  • 1 cmt baking powder
  • 100gm serbuk koko (larutkan dalam 280ml air panas dan jadikan pes coklat)
B. Filling coklat:
  • 150ml UHT whipping cream
  • 300gm coklat masakan dicincang.
Cara (B):
  1. Panaskan cream secara double boiler.
  2. Masukkan coklat dan kacau hingga rata.
  3. Sejukkan coklat hingga pekat sebelum digunakan.
C.Filling Cream chesse.
Bahan 1(Putar hingga lembut)
  • 250gm philadelphia cream cheese.
  • 2 sudu teh nescafe (bancuh dengan sedikit air)
  • 60gm gula icing.
Bahan 2 (putar hingga kembang)
  • 400gm fresh cream
Caranya:
  1. Campurkan bahan 1 & 2 .
  2. Kacau hingga sebati.
Caranya (A):
  1. Alas loyang bulat 10” dan panaskan oven 180C.
  2. Pukul  butter, gula, dan vanilla hingga kembang dan masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  3. Ayak tepung,baking powder dan baking soda.  Masukkan ke dalam adunan butter bersama pes coklat dan gaul hingga rata.
  4. Masukkan dalam loyang dan bakar 45 hingga 1 jam.
  5. Sejukkan kek dan potong kepada tiga bahagian.
  6. Masukkan (B) dan  (C)  dalam piping bag yang berasingan.
  7. Picitkan (B) bermula dari tengah dan buat seperti lingkaran ubat nyamuk.
  8. Selangkan dengan (C) dan ulang untuk lapisan seterusnya.
  9. Di luar kek, creamkan kek dengan baki filling  cream cheese dan hiaslah ikut suka. 
IMG_7954

IMG_7956
PS:  Kak Mai tak sempat hias Black & White Chocolate Cake nie. Yang hitam tu filling coklat dan yang putih tu cream cheese. My tester kata sedap sangat macam secret recipe..tapi di sini tak ade yang secret pun.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...