Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 2 Jun 2012

Rendang Cili Api

Asalamualaikum...jumpa lagi. Kak Mai baru je siap masak rendang cili api arnab.  Kalau tak makan arnab tukarkanlah dengan ayam.  Rupa daging arnab  ni sama je dengan ayam.  Rasanya kalau tak beritahu tu daging arnab rasanya semua akan ingat tu daging ayam.  Anak kecik kak Mai tak mau makan daging arnab pun...tapi buat tak tau bagi je makan.  He he he...habis sepinggan nasi.


Dah siap dah nie...sedia terhidang....yummyyyyy.....

Ingatkan sekali lagi ye kalau tak makan daging arnab tukar je dengan ayam....tapi untuk makluman daging arnab ni memang kurang lemak dan bagus berbanding ayam bandar yang dicucuk ibarat dipam-pam supaya cepat besar,  Silap-silap kita yang makan pun tersangkut hormon membesarnya sang ayam . 

Kak Mai makan daging arnab,  cuma kali ni tak boleh masuk sikit sebab pi gatal hari ni ikut abang pergi hantar sembelih.  Teringatlah wajah-wajah sayu yang tiap-tiap hari diberi makan....kalau tak pandang rasanya makan je.......

Jom kita masak, kak Mai masak macam masak rendang cili api ayam jer....


Bahan-bahan:

  • 1 ekor arnab 
  • Sedikit rempah 4 sekawan.
  • Ketumbar & Jintan manis - digoreng tanpa minyak - ditumbuk
  • daun kunyit (kak mai guna sikit sebab pokok dah tak berdaun)
  • daun limau perut (hiris)
  • Kerisik (ikut sukalah ye)
  • Minyak untuk menumis.
  • 1/2 kg santan ( keluarkan sedikit campurkan air untuk santan cair)
  • 2 keping asam keping
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula
Bahan kisar:
  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih 
  • 2 in halia
  • sedikit lengkuas
  • 2 in kunyit
  • 3 btg serai 
  • 20 biji cili api.


Cara:
  1. Blend semua bahan kisar.
  2. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan  (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga).
  3. Kemudian masukkan bahan kisar. tumis sampai naik minyak.
  4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis.
  5. Masukkan santan cair.
  6. Masukkan daging arnab atau ayam.
  7. Masukkan asam keping.
  8. Bila hampir pekat, masukkan kerisik, garam dan sedikit gula.
  9. Masaklah hingga kering.






Selamat mencuba.







Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...