Asalamualaikum dan selamat pagi Sabtu. Baru je balik dari hantar Alang ke Kem Motivasi di lembah Azwen Hulu Langat. Tengah memikir apa nak masak hari ni. Abang sedang nak mula mengemas luar rumah...biasalah hujung minggu jengah-jengahlah kebun sekangkang kera ni..... Beralih tajuk nak masa ape ye??? Abang cadangkan masak rendang arnab. Memandangkan arnab-arnab semakin membiak dan kami pun kurang masa untuk menguruskannya, jadi kami ambil keputusan cuba mengurangkannya sedikit demi sedikit....biasalah tangkap dan hantar sembelih di Pasar Bangi Lama.
Tak sampai hati nak ambil gambar haiwan peliharaan ni masa sembelih. Jadi kami beralih ke tempat lain sementara menanti siap dikemaskan 5 ekor arnab di pasar tersebut. Miau...miau..miau....kesiannya mata beralih pada bunyi anak-anak kucing yang kehilangan ibu. seekor dah tercampak dalam longkang dalam berair. Kesian.....siapalah tuan yang sanggup membuang anak tanpa ibu ni ye....Acik masuk dalam longkang tapi kerana tak cukup inci (pendek) tak sampai...dengan lagak wira, Ateh menawarkan diri untuk cuba menyelamatkan anak kucing yang rasanya masih dalam pantang ni....selamat akhirnya...Miau..miau...miau bising bunyi anak-anak kucing ni....kehausan susu ibu. Kak Mai minta anak-anak bawa ke tempat yang selamat, redup dan jauh dari longkang besar tu.
Biasalah anak-anak memang suka dengan anak-anak kucing ni, dia membawa masuk ke dalam pasar yang lapang dan kosong sekitarnya. Terjumpalah seekor ibu kucing yang rasanya baru juga melahirkan. Kami cuba susukan anak-anak kucing tersebut, tapi ibunya lari. Menurut seorang mak cik kalau tak silap Rahani namanya, ibu kucing tu makcik Rahani tu yang punya, itu pun kucing buangan. Tapi anak-anak kucing tu bukan anak-anak kucingnya. Alhamdulillah makcik ni membenarkan anak-anak kucing tersebut menumpang susu ibu kucingnya. Jomlah kita perhatikan pasukan penyelamat ni.....
Kesiankan......siapalah manusia yang sanggup membuang anak-anak kucing tanpa ibunya sekali nikan....kalau ye pun tak mau, tunggulah sampai anak-anak kucing ni besar sedikit dan pandai cari makan sendiri. Oklah arnab yang kami hantar pun dah siap, santan dan halia juga kami dah beli. Abang nak makan rendang arnab hari ni. Kalau nak resepi cuba skodeng di sini.
Sebelum dapur berasap, kak Mai nak kongsikan sesuatu sesuatu di sini yang kak Mai terbaca dari Mukmin Mart.Rasanya baik untuk amalan kita iaitu khasiat minyak zaitun.
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah
bersabda:
"Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia
adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).
Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan
mendekatinya."
Jika diminum, ianya bermanfaat untuk menguatkan daya ingatan, menguatkan
hempedu, mencegah masalah pencernaan, mengubati penyakit buasir dan impotensi,
membantu masalah haid, menghilangkan racun dalam tubuh, mencegah pertumbuhan
sel-sel kanser, menurunkan kadar gula dan kolesterol, mencegah penyakit kencing
manis serta bermacam-macam khasiat lagi untuk kesihatan manusia.
Jika disapukan, ianya bermanfaat untuk menghilangkan kedutan pada wajah,
melindungi dari bakteria, mencegah keguguran rambut, menghilangkan penyakit
kulit, menghaluskan serta melembabkan kulit, melambatkan proses penuaan dan
menjaga kebersihan kulit kepala.
By: Mukmin
MART
Oklah kak Mai cau cin cau dulu...hari pun dah tengah hari dah ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan