Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Khamis, 7 Jun 2012

Nasi Tomato

Assalamualaikum dan selamat pagi.  Semalam tak sempat nak masukkan n3 ni sebab ada urusan bersama anak-anak buah.  Sampai di rumah pun dah hampir maghrib kemudian keluar semula mencari baju untuk anak-anak buat persiapan hari raya nanti.. Persiapan awal terutamanya untuk anak-anak yang akan pulang ke asrama.  Nanti nak tunggu hampir raya baru jumpa semula mungkin dah kesuntukkan masa, lagi pun bulan puasa nanti dah sibuk dengan aktiviti lain.  Oklah ambil kesempatan pagi-pagi ni masukkan apa yang dimasak semalam untuk anak-anak dan tetamu dari Melaka.  Simple, mudah dan menurut anak dan yang penting suami, sedap.  




Kak Mai skodeng resepi di dapur Mat Gebu. Nasi tomato ni memang simple menurut Mat Gebu  resipi asal dari"Kak Liza"...tabik lah memang sedap. Boleh dimakan bersama ayam masak merah, acar timun dan nanas atau dalca . Kebetulan semalam kak Mai dah masak kari 3 ekor ayam kampung dan masih ada bakinya, kak  Mai tambah dengan ayam masak merah dan acar nanas dan timun jelah. Jadi kak Mai  ambil peluang untuk mencuba memandangkan anak-anak semuanya ada di rumah.  Jom layan......



Bahan-Bahannya:-
5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair ( kak Mai guna susu segar)
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai dun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*(*rempah tumis)
Air, ikut sukatan beras
Garam secukup rasa (1 sudu teh)
Maggi secukup rasa (kak Mai tambah 1 sudu)

Bahan Hiasan:-
Kacang pis ( kak Mai tak letak)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng




Cara membuatnya:
(Ni cara kak Mai ye)


  1. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.
  3. Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam dan maggi cukup rasa , gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
  4. Jika perlu hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng semasa menghidang.  Kak Mai tak sempat hias pun...makan panas-panas pun dah cukup sedap.




Perasmi nasi tomato ni Si Alang Haziq....bau je nasi dah lapar. Terima kasih sekali lagi untuk Chef Mat Gebu dan tak lupa juga buat kak Liza.Selamat mencuba ye..

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...