Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jumaat, 8 Jun 2012

Marble Shortbread Cookies


Assalamualaikum dan selamat petang  buat semua teman.  Selamat bertemu kembali di dapur kak Mai nie... Semalam kak Mai cuba-cuba buat Marble Shortbread Cookies. Alhamdulillah menjadi dan sedap. Resepinya dah lama dah kak Mai simpan tunggu giliran nak buat. Rasanya kak Mai ambil daripada Blog Citarasawan atau kak Wan.Cuma kak Wan guna dua loyang.  Kak Mai pula guna satu loyang je Semalam berkesempatan untuk membuatnya sebab memandangkan anak-anak akan pulang semula hujung minggu ni, jadi kak Mai buatkanlah biskut ni...memang sedap dan senang je rupa-rupanya.  Jom..lihat resepinya.



Bahan A:
  • 250 gm butter
  • 150gm gula castor
  • 2 sudu teh coffee emulco
Bahan B:
  • 330gm tepung gandum
  • 40gm susu tepung
  • 20gm serbuk koko
  • 50 gm nestum  (kisar halus)
  • 60gm serbuk badam
  • 1 sudu teh baking powder
Corak marble  (dalam gambar tu)
  • 500gm coklat masakan putih
  • 50 gm coklat masakan hitam
atau
  • 460 gm coklat masakan hitam
  • 40gm coco butter
  • 50 gm coklat masakan putih
loyang 10 X 10' x 2 dengan cutter (kak mai  guna loyang  9 x 12 tu je yang ade)



Cara-cara:
  • Pukul A hingga kembang. 
  • Masukkan B, dan gaul hingga jadi doh yang lembut.
  • Alas loyang dengan kertas minyak, lebihkan sedikit.
  • Bahagi dua adunan (kak mai buat dalam satu loyang je) 

  • Tekan padat dan ratakan.  Cucukan dengan garfu (seperti gambar di atas)

  • Letakkan cutter dan tekan sampai ke dasar (seperti gambar di atas)
  • Bakar pada suhu 160C selama 40 minit atau hingga masak.
  • Biarkan sejuk dan keluarkan cutter (seperti di bawah)

  • Cairkan coklat masakan putih ( atau hitam) secara double boil, kemudian curahkan atas biskut dan ratakan.

  • Cairkan coklat masakan hitam (atau putih) secara double boil dan biarkan suam sedikit, masukkan dalam piping beg dan picit memanjang di atas coklat masakan putih tadi.

  • Ambil lidi dan lorekkan atau gariskan lurus berselang arah (ke atas dan ke bawah) bagi membentuk marble.

  • Masukkan kembali cutter ke tempat asalnya dan biarkan coklat beku.

  • Keluarkan cutter  dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Selamat Mencuba.



Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...