Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Isnin, 14 Mei 2012

Jom masak-masak

Asalamualaikum.  Hari ni kak Mai  terima tetamu dari Perak. Jamu ringan-ringan je sebab hari ni hari bekerja.  So rasanya paling senang kari ikan merah, kerapu sweet n sour dan sayur campur. Jom layan apa kak Mai sediakan untuk jamu mereka ni yang first time datang sebagai tetamu kak Mai. 


3 ekor Kerapu sweet n sour. Resipi sila rujk di sini.



Kari ikan merah....nak resipi jom skodeng di sini.


Blueberry and Strawberry Cheese tart. Nak tinjau resipi sila klik sini.


Ini bingka ubi, tapi rupa taklah cantik sangat.  Tapi rasanya yummmmy.......nak resipi jom ke sini.


Ini sebagai pencuci mulut.  Pisang Montel keluaran pertama untuk musim ni dari kebun di Ramuan China Besar.Anggur ni pula dari ladang gak.....ladang di Tesco he he he...

Itu jelah yang sempat kak Mai buat untuk jamu mereka ni selamat makan yoooo....


Hidangan yang sedang menanti untuk dingapppp....

Tetamu dari Kuala Kangsar, Perak.


Oklah Nak stop dululah sebab dah mengantuk. Esok sambung lagi ye.   Ehhhh lupa gambar d bawah nie..sambung sekejaplah ye.... Rasanya teman-teman dah xpert buat cheese tart, tak kiralah blueberry ke, strawberry ke, lemon ke dan apa-apalah fillingnya sama je ye...Kalu nak letak buah pun bukan nye susah..dah masak letyak je buah-buahan yang sesuai.

Bawah ni kak Mai buat cheese tart...strawberry & blueberry filling.  Cuma di ada kekawan tertanya-tanya macam mana buat bunga hiasan atas cheese tu.. Oklah kak Mai pun bukannye pandai sangat cuma nak kongsi dengan kekawan macam mana ia dibuat.  



Kulit tart di isi dengan cheese dan strawberry filling.


Kulit tart di isi dengan cheese dan blueberry filling.



Tutup ke semua filling dengan cheese.  Calitkan 2 atau 3 titik pewarna (cheese campur pewarna) di permukaan atas cheese dengan lidi atau cungkil ggi.  


Dari atas, gariskan di bahagian tengah dan ke bawah seperti gambar di atas.

Ulang cara di atas untuk warna-warna yang lain.





Bakar menggunakan api bawah lebih kurang 10 minit sahaja.   Sedapnya....silalah makan.....Kalau malas nak buat order je..Betultak.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...