Asalamualaikum. Hari ni try cheese tart pula. Jom layan.Resepi ni kak Mai dapat daripada kawan "kongsi resepi". Tapi kak Mai dah ubah sikit kandungan bahan untuk pastry sebab kali pertama buat, banyak lebihan pada filling, hampir separuh. Pertama kali buat kak Mai jamu kekawan di sekolah sempena Hari Lahir Hazim(anak ke-4)yang ke lapan tahun. Alhamdulillah kekawan memuji katanya sedap tart tu. Ni kak Mai nak kongsilah resepi kalau berminat nak buat.
Sumber : Kongsi resepi
Blueberry cheese tart
Utk pastry :
250 gm marjerin/mentega
120 gm gula aising
2 biji telur saiz B
480 gm tepung gamdum
Utk filling
250gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega lembutkan
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur gred B
blueberry pie filling
Caranya
- Panaskan ketuhar 180c.Pukul mentega/gula aising sampai cremmy
- Masukkan telur pukul lagi
- Masukkan tepung dan gaul sampai jadi doh lembut.
- Ambil sedikit adunan tekankan rata keliling acuan guna jari perlahan-lahan.
- Bakar 15/20 min. Jika acuan banyak, tunggu hingga sejuk.
- Acuan kak Mai sedikit jadi kak Mai keluarkan terus dr acuan sebab nak guna semula.
Untuk filling cream cheese.
- Pukul cheese cream/mentega/gula aising sampai fluffy.
- Masukkan telur dan perahan limau.
- Pukul lagi.Sendukkan dlm piping beg/ atau plastik (potong hujung)
- Pipekan filling (blueberry dsb), kemudian paipkan pula cheese cream.
- Hiaskan dgn lorekan bungga atau sebagainya. Bakar 180c l/k 10 mint.
Kalau nak tengok cara lukis atas cheese sila klik sini.
Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan