Jumaat, 30 Julai 2010
Ayam Goreng Berempah
Bahan A:
1 ekor ayam (bersihkan dan dipotong ikut suka)
Daun kari
Sedikit gula/ madu
Garam
Bahan B
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang serai
1 in halia
1 in kunyit hidup
sedikit lengkuas
1 sudu besar rampah kari daging
Cara-cara:
Mesin semua bahan B. Campurkan ke ayam dan gaulkan dengan bahan A. Perap dan simpan dalam peti sejuk. Kalau nak makan pagi, peraplah malam tu. Goreng dan makan panas-panas. Sedap dimakan dengan nasi lemak. Pandai2lah agak2 bahan-bahannya kalau nak tambah ayam. Kalau nak perap daging pun boleh, jadilah sate goreng. Cubalah.
Hari Sabtu lepas (24 Julai, 2010) Kak Mai masak nasi lemak untuk sarapan pagi keluarga. Kak Mai masak lebih nasi lemak tu sebab tengahari tak sempat masak kerana ada taklimat di pusat epal. Ayam tu kak Mai dah perap semalaman supaya lebih sedap. Cubalah sedap ayam goreng ni bila dimakan panas-panas. Selamat mencuba.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan