Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 14 Ogos 2010

Siakap Sweet N Sour



Bahan ikan:

  • 2 ekor ikan kerapu/siakap (bawal pun sedap gak)  Biasanya rumah kak Mai seekor takkan cukup punya.
  • 4 sudu tepung jagung
  • garam
  • minyak.
Cara:
  1. Bersihkan ikan.
  2. Lumurkan dengan garam dan tepung jagung.
  3. Goreng dalam minyak panas.

Bahan sos/kuah:

  • 4 ulas bawang putih (hiris atau tumbuk)
  • 2 labu bawang besar (1 hiris dan 1 belah 8 )
  • I in halia (dihiris atau tumbukj)
  • 1 biji capsicum (dadu)
  • 1 biji tomato (dadu)
  • 1 hiris nanas (potong kecil)
  • 1 batang lobak (dadu)
  • Sedikit minyak untuk menumis.
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu sos cili
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu jus lemon
  • Garam secukup rasa.
  • Gula jika perlu (kak mai tak letak sebab sos dah manis)
  • Sedikit air sejuk.
  • Sedikit daun bawang & daun sup untuk hias (jika nak)
  • sedikit bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan sos)

 Cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali. 
  2. Tumiskan hirisan bawang besar, putih dan halia hingga wangi.
  3. Masukkan cili mesin, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air, jus lemon, sos tomato , sos cili  dan sos tiram, kacau biar sekata. 
  5. Masukkan lobak tutup dan  biarkan sebentar (lobak lambat empuk berbanding yang lain) kemudian masukkan capsicum, tomato, nanas.  Kacau sebentar masukkan garam dan tambah air jika perlu
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan  tepung jagung dan kacau hingga pekat.Angkat.
  7. Simbahkan sos ke atas ikan ketika menghidang.  
  8. Hiaslah dengan hirisan daun bawang dan daun sup.
  9. Sedap dimakan ketika panas.

Ini merupakan menu kegemaran keluarga.  Pasti makan akan menjilat jari. Selamat mencuba ye.




Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...