Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Khamis, 23 Februari 2012

PUDING LAPIS KACA

Asalamualaikum hari ni sebelum pi kerja buka fb ternampaklah puding cantik ni di wall kak Zaiton. Geram tengok sebab cantik sangat dan nampak sedap.  Nanti bolehlah cuba ye…

Bahan A
13 gm serbuk agar
170 gm gula
1 liter santan [1 biji kelapa] /Ibu guna susu cair
Bahan B
13 gm serbuk agar
170 gm gula
1 liter air
pewarna  merah, hijau dan kuning
Cara
1. Masakan bahan A dan B dalam 2 periuk yg berasingan sehingga mendideh.
2. Sediakan loyang 8 x 8 inci. ~ Ibu guna bekas kecil2. Agak2 jer masa nak masukkan agar2 tu
3. Ambil 4 senduk agar2 B dan tuangkan dalam loyang.
4. Ambil 4 senduk agar2 A [bersantan] dan masukkan warna merah dan kacau rata.
5. Tuangkan perlahan-lahan ditepi loyang atas agar2 yg hampir beku. Ratakan sapuan agar-agar.
6. Ambil pula 4 senduk agar-agar B dan tuangkan perlahan di tepi loyang atas lapisan merah yg hampir beku. Ratakan sekeliling loyang.
7. Ulangkan semua proses melapis sehingga habis semua bahan.
8. Sejukkan dan potong. Hidangkan.
By: Resepi Bonda

Rabu, 22 Februari 2012

MUFFIN PISANG WALNUT

(RESEPI FROM 'MY RESEPI' & JUNE AHMAD )

Hari ni ronda-ronda cari muffin pisang, terjumpa resepi muffin ni di Dapur Kakzu.  Nanti boleh cuba sebab pisang ada setandan tu dari kampung. Tapi bukan pisang emaslah ye..rasanya boleh gak dibawa belayar untuk dijadikan muffin he he he…..

Bahan A:

  • 2 cwn tpg gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B:

  • 1 cwn pisang emas lecek
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula perang
  • 1 cwn minyak masak
  • sedikit garam
  • 50 gm kismis hitam
  • 100 gm walnut

Caranya:

  1. Ayak bahan A masuk dalam mangkuk
  2. Pukul kan telur, masukkan gula, kacau sebati dengan senduk
  3. Masukkan minyak dan pisang lecek dan sedikit garam
  4. Akhir sekali masukkan tepung, walnut dan kismis
  5. Masukkan ke dalam acuan muffin
  6. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit
  7. Adunan ini tak perlukan mixer, hanye kacau dengan senduk.

Sekali pandang senang je, bahan-bahan pun mudah dan dah ada di dapur kak Mai…nanti boleh cubalah ye..

Aising Fondant

Jalan-jalan cari cara-cara buat aising fondan terjumpalah di resipimamaleza.blogspot. Kalau minat boleh kongsi sama.
Bahan-bahannya:
  • 1 kg. gula aising
  • 500 gm gula aising tambahan
  • 17 gm (2 sudu besar) serbuk gelatin halal
  • 100 gm air
  • 1 sudu besar sirap glukos (glucose syrup)
  • 12 gm krimwell @ shortening
  • 40 gm gliserin
Cara Membuatnya :

  1. Tuang air dan gelatin ke dalam periuk kecil dan panaskan atas api perlahan hingga gelatin larut.
  2. Masukkan sirap glukos, krimwell dan kacau hingga larut dan mendidih sebentar. Tutup api dan sejukkan.
  3. Gula aising (1 kg) diayak dua kali atas meja atau dulang.
  4. Buat lubang di tengah gula aising dan tuangkan adunan yang telah sejuk tadi. Kaup dan balikkan guna scrapper hingga adunan sebati. (guna mesin pun boleh). Tuangkan gliserin dan uli lagi 5 minit hingga lembut.
  5. Jika adunan agak keras, renjis sedikit air panas dan uli hingga lembut. Jika lembik dan melekit,tambah sedikit gula aising lagi dan uli rata hingga lembut.
  6. Masukkan dalam beg plastik dan simpan pada suhu bilik. Tak perlu dimasukkan dalam peti sejuk. Boleh digunakan dalam masa seminggu.

Tip dan panduan:

  • Doh jangan lama didedahkan kerana ia akan kering. Selepas digunakan simpan dalam  plastik.
  • Doh adalah lembut dan boleh dibentuk bunga, daun, reben dan sebagainya.
  • Untuk warnakan doh,ambil lidi dan celupkan dalam pewarna.Kemudian calitkan atas doh dan uli hingga warna merata.
  • Doh sesuai dicanai atas meja marble atau meja stainless steel. Meja kayu tidak sesuai kerana akan melekat.
  • Apabila mencanai, taburkan gula aising atas meja supaya tidak melekat.
  • Kek buah yang hendak dibalut fondant hendaklah disapu jem panas atau aising buttercream yang nipis agar lembap.
Nanti cuba buat ye…kalau dah pandai bolehlah hias kek dengan fondant pula ye……Kak Mai lum cuba buat lagi tapi hati berkobar-kobar nak buat aralnya tak tau mana nak cari gelatin halal sebab yang dijual di kedai-kedai tu kak Mai tak jumpa tanda halal pun. Pernah beli di kedai bakeri Melayu katanya halal tapi was-waslah pulak sebab tak de tanda halal.  Cuba buat tapi memang gelatin tu baunye tak sedap ye??? Kak Mai tak jadi guna buang saja. Kalau ada sesiapa yang tahu bolehlah kongsi sama sebab teringin sangat nak cuba buat fondan sendiri.

Ahad, 19 Februari 2012

Kenangan bersama Masterchef Malaysia

Hari ni gi rumah Ezani sebab ada jemputan kenduri kesyukuran.  Best sangat-sangat bukan saja jumpa Ezani kak Mai jumpa gak dengan Brian, Imelda dan Amita.  Dengarnya Deena pun ada juga tapi tak sempat jumpa sebab nak ke kenduri kahwin.

IMAG1649

IMAG1650

IMAG1651

IMAG1652

Ramai sangat ….dan makanan pun sedap-sedap.  Terima kasih kepada Ezani  sekeluarga atas jemputan ni. 

Sabtu, 18 Februari 2012

Carrot Cake


IMAG1647


Resepi ni daripada Ezani (Juara Masterchef Malaysia) kak Mai nak kongsi sebab memang sedap. Alhamdulillah first time buat nie……
Carrot Cake (Ezani)
Kek
Ayak semua bersama-sama dan ketepikan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 ½ sudu kecil baking soda                      
  • 2 ½ sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil garam

Pukul dengan pemukul atau senduk kayu
  • 4 biji telur
  • 1  1/3 cawan gula (kak Mai guna gula perang)
  • 1 ½ cawan minyak sayuran
  • 2 ¾ cawan lobak merak diparut
  • 1 cawan kelapa kering
  • 1 cawan kismis/sultana/blackcurrant
  • 1 cawan nanas dihancurkan (nanas dalam tin dikisar sedikit dalam food processor)
  • 1 cawan walnut yang sudah dipanggang, dicincang kasar  
Cara:
  1. Panaskan oven ke suhu 165°c.
  2. Sediakan bekas pembakar (resipi ini unutk kek 10x10inci atau 13x8inci,atau anda boleh bahagikan kepada dua bekas kecil, atau  buat cupcakes! Tetapi perlu kurangkan masa membakar untuk kek yang lebih kecil). Sapukan tepi dan dasar bekas membakar dengan minyak/mentega dan letakkan kertas pembakar yang dipotong mengikut saiz bekas di dasar bekas membakar.
  3. Tambah campuran tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran telur dan kacau sehingga sebati.
  4. Campurkan bahan-bahan yang selebihnya.
  5. Tuangkan ke dalam bekas membakar dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga lidi sate yang dimasukkan ke dalam tengah-tengah kek keluar kering. (Nota: untuk cupcakes periksa kek anda selepas kira-kira 20 minit)
  6. Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam tin, kemudian terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan dan sediakan aising.
Aising cream cheese

  • 200g cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
  • 50g mentega, dilembutkan pada suhu bilik
  • 2 ½ cawan gula aising, diayak
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara:
  1. Dengan pemukul elektrik, pukulkan semua bahan-bahan sehingga sebati dan aising kembang.
  2. Ratakan aising ke atas kek.
    * Nota: Kek ini boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 2 minggu tapi kak Mai tak sempat simpan, dah habis dah.
IMAG1641   IMAG1642
sebelum dan selepas bakar
IMAG1644IMAG1648

Carrot cupcakes

Sedia untuk dimakan ….yummyyyyyyy…rugi kalau tak cuba..sedap sangat. jom jom jom buat kek nie.

Jumaat, 10 Februari 2012

Orange spongecake


Kek 2aKek 2bKek 2ckek2d
      Kek untuk cikgu-cikgu sempena Sambutan Maulidul Rasul peringkat Sekolah.

Khamis, 9 Februari 2012

Blueberry spongecake


Kek 1ab

Tempahan daripada Pn. Rohana untuk birthday anaknye yang ke 6 tahun.  Terima  kasih.

Selasa, 7 Februari 2012

Chocolate moist cake


IMG_7262IMG_7264
Tempahan Ustazah Nor Haizan untuk anaknya yang berumur 6 tahun.  Terima kasih dan Selamat HariLahir buat Khair Al-‘Irfani semoga sentiasa dilindungi ALLAH hendaknya.

Jumaat, 3 Februari 2012

TIP BAHAN BAHAYA DALAM MAKANAN

 

Dalam makanan yang dimakan setiap hari, terdapat pelbagai jenis bahan tambahan makanan seperti pewarna, perisa, pengawet dan sebagainya. Biasanya bahan tambahan makanan ini tidak dinyatakan dalam label bungkusan makanan. Hanya yang dicatatkan ialah pewarna atau perisa makanan yang dibenarkan. Keadaan ini akan menimbulkan masalah kepada pengguna, khususnya yang menghidap sesuatu jenis penyakit atau alahan yang tidak boleh memakan bahan tambahan makanan yang tertentu.

Berikut adalah beberapa jenis bahan yang terdapat dalam makanan yang perlu diberikan perhatian. Sekiranya ada yang menghidap penyakit tertentu, elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi bahan tambahan makanan tersebut.

TIP 1 : Kandungan Dalam Makanan

Kandungan yang terdapat dalam label bukan merupakan kandungan sebenar yang terdapat dalam sesuatu makanan. Terdapat banyak bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti scrylamides. Ia wujud dalam makanan yang melalui pemprosesan suhu yang tinggi (high heat). Namun tiada keperluan mengenainya untuk disenaraikan dalam label makanan. Terdapat juga bahan makanan yang berkemungkinan turut mengandungi racun serangga dan bahan-bahan kimia yang lain, tetapi tidak disenaraikan.

TIP 2 : Monosodium Glutamat (MSG)

MSG merupakan bahan tambahan makanan di dalam ribuan produk makanan dan runcit dengan pelbagai nama. Bahan ini boleh menyebabkan berlakunya masalah ketidakseimbangan terhadap sistem fungsi badan, kegagalan keseimbangan pemakanan dan juga menyebabkan pengguna memakan lebih banyak makanan. Selain daripada itu, ia juga boleh menyumbang kepada masalah kegemukan.

  • Kandungan MSG Yang Disembunyikan
    Kewujudan MSG dalam sesuatu produk makanan disembunyikan dalam kandungan makanan melalui ekstrak yis, yis troula, hydrolyzed vegetable protein dan yis terautolsis. Terdapat beribu-ribu produk yang mengandungi satu atau lebih bahan kimia yang boleh meningkatkan rasa makanan tersebut.
  • Symptom Attention - Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHA)
    Simpton ini terdapat pada kanak-kanak dan disebabkan oleh kandungan makanan terproses yang mengandungi pewarna tiruan berlebihan. Ia juga disebabkan oleh pemprosesan makanan yang tinggi refined carbohydrates. 80 peratus daripada kanak-kanak yang dirawat dengan menghindarkan pengambilan makanan terproses boleh sembuh daripada ADHD dalam masa dua minggu.

TIP 3 : Aspartame

Bahan pemanis tiruan ini apabila didedahkan kepada cuaca panas untuk beberapa jam boleh membentuk bahan kimia yang dikenali sebagai formaldehid dan asid formik. Asid formik boleh menyebabkan kerosakan pada mata, otak dan keseluruhan sistem saraf. Selain daripada itu, aspartame juga sering dikaitkan dengan sakit kepala (migraine), penglihatan kabur dan pelbagai masalah sistem saraf yang lain.

TIP 4 : Plastik

Pembungkus plastik makanan mempunyai kesan yang membahayakan kesihatan. Ia boleh menyebabkan bahan kimia bisphenol A terserap ke dalam makanan. Amalan memasak dalam bekas plastik meningkatkan pendedahan tersebut. Bisphenol A boleh menyebabkan tumor payu dara bagi lelaki dan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon bagi wanita. Selain itu, ia turut menyebabkan kanser yang berkaitan hormon seperti kanser prostat dan kanser payu dara.

TIP 5 : Susu

Susu yang dikeluarkan di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat dihasilkan oleh lembu yang telah disuntik hormon sintetik yang diharamkan di kebanyakan negara lain. Penggunaan hormon itu dikatakan antara penyebab remaja wanita di Amerika Syarikat mempunyai pembesaran buah dada pada usia yang muda dan turut meningkatkan kanser yang berkaitan dengan hormon seperti kanser prostat.

by: mohamadazhan

Rabu, 1 Februari 2012

American Chocolate Cake

Filling coklat
Bahan:
  • 300ml UHT whiping cream
  • 600gm coklat masakan
Caranya: 
  1. Panaskan cream secara double boiler
  2. Masukkan coklat, 
  3. Kacau sebati.
  4. Sejukkan hingga pekat  sebelum digunakan
  5. Bahagi dua sebahagian untuk filling dan sebahagisn untuk topping.
 (P/s utk filling coklat tu kak Mai tambah dengan krim putar(baki buat kek)

Topping coklat putih:
  • 50gm coklat putih 
  • 1 cmt shortening
Caranya:
  1. Cairkan coklat putih 
  2. Tambahkan shortening
  3. Masukkan dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
BAHAN-BAHAN KEK :-
  • loyang 9 x 9 in/8 x 8 in
  • 2 cawan tepung gandum*(200g)
  • 2 cawan gula castor(180
  • 3/4 cawan cocoa powder*(60g)
  • 2 tsp baking powder*
  • 2 tsp baking soda*
  • 2 biji telur
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 cawan corn oil
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/2 tsp garam, 1 tsp Nescafe powder di campur dengan satu cawan air panas
Cara-caranya:
  1.  Ayak bahan * sekaligus dan campurkan ke semua bahan A.
  2. Pukul sekejap semua bahan.
  3. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 minit.
  4. Sejukkan kek dan potong tiga lapisan.
  5. Letakkan satu lapisan kek dan sapu filling coklat dan ratakan.
  6. Ulang untuk lapisan kedua.
  7. Untuk lapisan akhir, letak lapisan kek dan tuangkan topping coklat diatasnya.
  8. Biarkan lebihan coklat turun.
  9. Picitkan coklat putih  bermula dari tengah dan corakkanlah seperti sarang labah-labah.
  10. Sejukkan sebentar sebelum dipotong.  Selamat mencuba.













Chocolate Moist Cake

Kek coklat lembap (kukus)

Bahan-bahan A:

  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair (susu UHT pun boleh)
  • 1 cwn susu pekat
  • 1 cwn minyak jagung

Bahan-bahan B:  

  • 3/4 cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonat
  • 1 teh baking powder

Bahan C:

  • 4 biji telur

Cara-caranya:

  1. Gaul ke semua bahan A dalam periuk.
  2. Masak atas api perlahan hingga sebati dan biarkan sebentar.
  3. Ayak ke semua bahan B.
  4. Pukul telur atau blander jer pun boleh.
  5. Satukan B dan C ke dalam  A....secara berselang seli  dan  gaul dengan senduk hingga sebati.
  6. Tuang adunan dalam loyang yang telah dilenser dengan minyak.
  7. Kukus selama 40 hingga 45 minit bergantung pada saiz loyang.
  8. Cucuk kek jika tidak melekit maka kek anda telah masak…..selamat mencuba…

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...