Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Rabu, 22 Februari 2012

Aising Fondant

Jalan-jalan cari cara-cara buat aising fondan terjumpalah di resipimamaleza.blogspot. Kalau minat boleh kongsi sama.
Bahan-bahannya:
  • 1 kg. gula aising
  • 500 gm gula aising tambahan
  • 17 gm (2 sudu besar) serbuk gelatin halal
  • 100 gm air
  • 1 sudu besar sirap glukos (glucose syrup)
  • 12 gm krimwell @ shortening
  • 40 gm gliserin
Cara Membuatnya :

  1. Tuang air dan gelatin ke dalam periuk kecil dan panaskan atas api perlahan hingga gelatin larut.
  2. Masukkan sirap glukos, krimwell dan kacau hingga larut dan mendidih sebentar. Tutup api dan sejukkan.
  3. Gula aising (1 kg) diayak dua kali atas meja atau dulang.
  4. Buat lubang di tengah gula aising dan tuangkan adunan yang telah sejuk tadi. Kaup dan balikkan guna scrapper hingga adunan sebati. (guna mesin pun boleh). Tuangkan gliserin dan uli lagi 5 minit hingga lembut.
  5. Jika adunan agak keras, renjis sedikit air panas dan uli hingga lembut. Jika lembik dan melekit,tambah sedikit gula aising lagi dan uli rata hingga lembut.
  6. Masukkan dalam beg plastik dan simpan pada suhu bilik. Tak perlu dimasukkan dalam peti sejuk. Boleh digunakan dalam masa seminggu.

Tip dan panduan:

  • Doh jangan lama didedahkan kerana ia akan kering. Selepas digunakan simpan dalam  plastik.
  • Doh adalah lembut dan boleh dibentuk bunga, daun, reben dan sebagainya.
  • Untuk warnakan doh,ambil lidi dan celupkan dalam pewarna.Kemudian calitkan atas doh dan uli hingga warna merata.
  • Doh sesuai dicanai atas meja marble atau meja stainless steel. Meja kayu tidak sesuai kerana akan melekat.
  • Apabila mencanai, taburkan gula aising atas meja supaya tidak melekat.
  • Kek buah yang hendak dibalut fondant hendaklah disapu jem panas atau aising buttercream yang nipis agar lembap.
Nanti cuba buat ye…kalau dah pandai bolehlah hias kek dengan fondant pula ye……Kak Mai lum cuba buat lagi tapi hati berkobar-kobar nak buat aralnya tak tau mana nak cari gelatin halal sebab yang dijual di kedai-kedai tu kak Mai tak jumpa tanda halal pun. Pernah beli di kedai bakeri Melayu katanya halal tapi was-waslah pulak sebab tak de tanda halal.  Cuba buat tapi memang gelatin tu baunye tak sedap ye??? Kak Mai tak jadi guna buang saja. Kalau ada sesiapa yang tahu bolehlah kongsi sama sebab teringin sangat nak cuba buat fondan sendiri.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...