Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Sabtu, 18 Februari 2012

Carrot Cake


IMAG1647


Resepi ni daripada Ezani (Juara Masterchef Malaysia) kak Mai nak kongsi sebab memang sedap. Alhamdulillah first time buat nie……
Carrot Cake (Ezani)
Kek
Ayak semua bersama-sama dan ketepikan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 ½ sudu kecil baking soda                      
  • 2 ½ sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil garam

Pukul dengan pemukul atau senduk kayu
  • 4 biji telur
  • 1  1/3 cawan gula (kak Mai guna gula perang)
  • 1 ½ cawan minyak sayuran
  • 2 ¾ cawan lobak merak diparut
  • 1 cawan kelapa kering
  • 1 cawan kismis/sultana/blackcurrant
  • 1 cawan nanas dihancurkan (nanas dalam tin dikisar sedikit dalam food processor)
  • 1 cawan walnut yang sudah dipanggang, dicincang kasar  
Cara:
  1. Panaskan oven ke suhu 165°c.
  2. Sediakan bekas pembakar (resipi ini unutk kek 10x10inci atau 13x8inci,atau anda boleh bahagikan kepada dua bekas kecil, atau  buat cupcakes! Tetapi perlu kurangkan masa membakar untuk kek yang lebih kecil). Sapukan tepi dan dasar bekas membakar dengan minyak/mentega dan letakkan kertas pembakar yang dipotong mengikut saiz bekas di dasar bekas membakar.
  3. Tambah campuran tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran telur dan kacau sehingga sebati.
  4. Campurkan bahan-bahan yang selebihnya.
  5. Tuangkan ke dalam bekas membakar dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga lidi sate yang dimasukkan ke dalam tengah-tengah kek keluar kering. (Nota: untuk cupcakes periksa kek anda selepas kira-kira 20 minit)
  6. Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam tin, kemudian terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan dan sediakan aising.
Aising cream cheese

  • 200g cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
  • 50g mentega, dilembutkan pada suhu bilik
  • 2 ½ cawan gula aising, diayak
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara:
  1. Dengan pemukul elektrik, pukulkan semua bahan-bahan sehingga sebati dan aising kembang.
  2. Ratakan aising ke atas kek.
    * Nota: Kek ini boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 2 minggu tapi kak Mai tak sempat simpan, dah habis dah.
IMAG1641   IMAG1642
sebelum dan selepas bakar
IMAG1644IMAG1648

Carrot cupcakes

Sedia untuk dimakan ….yummyyyyyyy…rugi kalau tak cuba..sedap sangat. jom jom jom buat kek nie.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...