Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Isnin, 8 November 2010

Gulai Daging Rusa dengan belimbing buluh.

Gulai rusa 8.11.2010 008
Bahan-bahan:
1 kilo daging rusa (salai)
cili padi
sedikit kunyit hidup
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
daun kunyit
1 batang serai (titik dan ikat)
belimbing buluh (ikut suka)
Sedikit garam.
Cara:
Kisar cili api, kunyit, bawang putih dan bawang merah.  Masukkan bahan kisar dalam kuali.  Biarkan sebentar sebelum masukkan daging. Masukkan daging dan masak hingga daging lembut.  Masukkan santan, serai dan daun kunyit. Masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan belimbing buluh dan garam secukup rasa.  Biarkan sebentar dan sedia untuk dihidangkan.  Selamat mencuba.

2 ulasan:

Maizah Jalil berkata...

Semalam suami kak Mai bawa balik daging rusa. Suami kak Mai suka gulai lemak cili api. Jadi hari ni kak Mai masaklah gulai lemak cili api daging rusa untuk suami tercinta.

Unknown berkata...

assalamualaikum..saya jual/supply daging rusa tempatan (sejuk beku) dengan penghantaran terus ke rumah atau restoran. harga rm 38 sekilo untuk tempahan minima (1 kg pun kita hantar). beli banyak harga lagi kurang. untuk restoran boleh runding harga borong. tiada caj penghantaran di kawasan lembah klang, putrajaya dan cyberjaya. berminat boleh sms/call 017-3863573 - zaf dari seri kembangan.

http://www.rusaryan.blogspot.com

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...