Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Isnin, 8 November 2010

Puding marble ubi kentang.

  Puding kentang 8.11.2010 001




Bahan-bahan:
1 peket agar-agar
1 tin susu cair
2 biji kentang (rebus)
1 biji telur
1 sudu besar tepung kastad
sedikit butter
gula ikut suka.
sedikit perwarna makanan.


Puding kentang 8.11.2010 002

Cara-cara:
Rebus kentang hingga empuk. Masa yang sama masakkan agar-agar hingga hancur dengan daun pandan.  Masukkan gula  dan kacau hingga larut.   Ubi kentang dibuang kulit dan masukkan dalam pengisar bersama telur, butter dan tepung kastad. Kisar hingga sebati.  Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk agar-agar yang dimasak tadi.  Kacau hingga mendidih.  Angkat dan tapis serta dibahagi dua bahagian.  Satu bahagian diwarnakan hijau.
Basahkan bekas/acuan sebelum memasukkan adunan.  Masukkan sesenduk warna hijau, kemudian sesenduk warna asal perlahan-lahan ditengah-tengah adunan.  Selang -selikan sehingga semua adunan habis.  Biarkan sehingga beku dan bolehlah dihidangkan.


puding kentang potong 004


 Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...