Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Rabu, 15 Disember 2010

Nasi goreng Hungga…

Hari ni (15.12.2010) hari ke 4 kak Mai berada di Kuala Trengganu.  Setiap pagi kak Mai ke Pasar Payang tak jauh dari tempat kami menginap.  Hari-hari makan nasi lemak atau nasi kerabu.  Anak-anak kata boringlah asyik nasi lemak je…..Kebetulan  malam tadi  lepas pulang dari kedai batik HUNGGA….mereka tidur lewat…hari ni anak-anak malas bangunlah tu…Kak Mai cam biasa bangkit awal…lepas solat subuh, Kak Mai bangunkan suami dan anak-anak…Suami bersiap hendak bekerja di Kenyir, anak-anak pula lepas solat subuh…bum semula…..Kak Mai x de kawan nak ajak sama ke Pasar Payang beli sarapan……..Sementara anak-anak tidur ni kerja kak Mai…

Sarapan pagi 011 

Alhamdulillah jadi juga nasi goreng yang serba kekurangan ni.  Maklumlah dalam apartmen ni tak disediakan tempat masak…yang ada periuk nasi elektrik dan termos je…..

Bahan-bahan:

3 biji cili api (Tak boleh banyak nanti anak x boleh makan pedas)

Daging lembu yang dihiris.

1 labu bawang besar dipotong dadu

Sedikit hirisan halia

Sos tiram

daun bawang

lobak dipotong dadu

Tomato(ulam)

sedikit garam

Sedikit minyak

Cara:

Panaskan sedikit minyak dalam kuali.  Tumis bawang, halia dan cili api.  Masukkan daging, biarkan empuk. Masukkan sos tiram dan lobak. Tumis sebentar.  Masukkan nasi dan gaullah hingga sebati.  Sebelum angkat, masukkan tomato dan daun bawang.  Gaul sekali lalu.  Ha ha ha …dah siap.Sarapan pagi 006

Sedia untuk dimakan panas-panas.  Selamat Mencuba……

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...