Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Rabu, 15 Disember 2010

Portable Gas Cooker…

Hari Isnin (13  Disember 2010 merupakan hari ketiga kak Mai di Kuala Trengganu.  Dah dua hari kak Mai beli lauk sebab tak boleh masak…….Malam tadi beli gulai ayam kampung (3 ketul RM 15)dan   ayam masak merah (2 ketul RM 6) kesemuanya Dikira RM 20………Bukannya berkira tapi tak berpada dengan apa yang kami rasa…….jadi malamtu suami kak Mai minta kak Mai cari hot plate je untuk masak……cari…gak tak jumpa yang kak Mai jumpa dapur di bawah ni harganya RM 55.00. Yang murah sikit ada gak tapi macam tak yakin je……..
Dapur serbaguna 001
Kemudian kak Mai  beli kuali kecil  dan sudip …sebab di apartmen x ada langsung peralatan memasak….
Tengahari tu kak Mai masak sambal sardin…..he he he….tu je yang boleh sebab tak de blender …..dan sayur sawi goreng dengan sos tiram…….lagi puas hati…..
Petang kak Mai buat benjo untuk anak-anak……mereka kekenyangan…baru puas hati……
Malam dah berjanji dengan anak-anak nak pergi A&W di Pantai Batu Burok…….suami kata dah rindu nak makan masakan kak Mai….suami makan dulu sebelum kami ke A&W……Di sana masing-masing termenung ….kak Mai makan sedikit je hotdog abang tolong habiskan…..x lalu rasanya.  Along dan angah makan burger. Haziq makan hotdog. Hazim, Hadif dan Hadirah pula makan ayam.  Masing-masig tak kehabisan….minum float jer mereka dah kekenyangan…….lepas tu makan aiskrim………
Balik mereka dah kekenyangan…….sambung esok ye…..


Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...