15 Disember 2010…..anak dara nak makan suplah pulak pagi-pagi ni…nasib baik semalam kak Mai gi Pasar Payang beli ikan, ayam dan daging untuk stok ketika berada di sini. Nak gi hari2 ke pasar Payang tu malas juga rasanya…..Anak dara kak Mai ni memang susah nak makan. Semalam dah masakkan sup ayam…Hadira hanya suka makan nasi sup sama ada daging atau ayam dan juga nasi dan telur goreng….So hari ni dia minta sup daging pula…..kenalah masakkan untuk makan pagi…kak Mai masak lebihlah sikit, boleh simpan sampai tengah hari he he he……
Bahan:
Hirisan daging/ ayam
Hirisan bawang putih
Hirisan bawang merah
Hirisan Halia
Rempah penumis/ sup bunjut
daun bawang
daun sup
kentang
lobak
tomato
garam
Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan rempah/ sup bunjut. Tumis semua semua bahan hirisan ( biasanya kak Mai blend tapi tak ada alatnye jadi hiris jelah) hingga naik bau,
2. Masukkan daging dan sedikit air. Biarkan daging empuk. Masukkan kentang dan lobak.
3. Bila dah empuk kentang, masukan tomato dan biarkan sebentar. Masukkan garam dan taburlah daun bawang dan daun sup sebelum dianggkat.
4. Beginilah rupa sup yang sudah di masak…..
Kenyang Hadirah makan…rasanya tengahari ni makan lambatlah pula….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan