Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Ahad, 23 Disember 2012

Puding Tapai Ubi Strawberry




Assalamualaikum.  Petang semalam kebetulan ada tamu  berkunjung ke rumah kak Mai, kenalan dari FB iaitu Pn Sayang Hussin atau nama sebenarnya Pn. Nor Mazita Hussin dari Kuala Kangsar,Perak,Kebetulan beliau mengenali Kak Mai pun daripada kawan baik di MPPM dulu, Nor'aini Abdullah. Tak boleh celoteh panjanglah...kerja banyak menanti nak dibereskan sebelum buka sekolah.

Apa yang perlu kak Mai hidangkan agaknya ye.....  Teringat resipi Puding Tapai Ubi Pandan CMG yang mudah dan cepat disediakan semalam. Lebih-lebih lagi tapai masih ada lagi dalam simpanan. Tapi kak Mai derhaka sikitlah sebab nak nampak lain sikit je. Tapi ternyata sedap...yang penting anak-anak suka. Apa lainnye tu? Jom kita tinjau resipinya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram tapai ubi*
125 ml air*(*kisar halus)
5 gram konnyaku jelly powder
5 1/2 camca besar gula pasir
2 1/2 cawan air
200 ml susu sejat
1 camca teh paste strawberry
3 biji buah strawberry. (2 untuk kisar, 1 untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tuang air ke dalam periuk, masukkan serbuk jelly dan gula pasir, kacau dengan whisk hingga larut. 
  2. Tuang susu cair. Kacau dan masak atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih.
  3. Masukkan tapai ubi kisar tadi. Kacau rata dan matikan api. Bahagi dua aduan (yang separuh biarkan dalam periuk)
  4. Susun buah strawberry yang dihiris dalam loyang.
  5. Tuang sedikit adunan tadi hingga paras susunan strawberri dan biarkan beku sebantar. 
  6. Kemudian tuangkan lagi adunan tersebut hingga habis. Biarkan sebentar.
  7. Sementara itu,kita sediakan lapisan strawberry.Kisar buah strawberri bersama pes strawberry dengan sesenduk adunan.
  8. Kemudian  masukkan semula ke dalam periuk dan kacau sebati.
  9. Tuangkan ke dalam loyang tadi secara perlahan-lahan dari tepi sehingga habis.
  10. Biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk.
  11. Bila sejuk dan jelly mengeras, keluarkan dari acuan dan potong ....sedap dimakan dingin. Jika suka boleh tuang sedikit susu cair..


Selamat mencuba.






Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...