Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Khamis, 27 Disember 2012

Banana Chocolate Cake





Assalamualaikum semua. Minggu lepas kami sekeluarga ke Legoland, tapi sekadar bergambar sajalah.Terlalu ramai dan kami kesuntukkan masa. Memujuk anak, kami belikan aiskrim dan sepotong banana Coklat kek. Yummyyyy sedapnye angah cakap, hubby pun kata sedap.  Jom kita cuba-cuba buat. Ini resipi yang kak Mai guna ye:

Bahan-bahan:
6-8 biji pisang emas
500 g Chocolate sponge cake mix (jika tiada gantikan 450g sponge kek mix dengan 50 g koko yg diayak)
8 biji telur
125 ml air
125ml minyak jagung
200ml whiping cream

Coklat ganache
500g coklat masakan
250 ml whiping cream 

Cara:

Buat ganachec dulu, Double boil whiping cream tutup api masukkan coklat kacau sebati. 
Biarkan sejuk.
Masukan tepung, koko dan air dlm mangkuk adunan kemudian masukan telur yg telah dipukul sedikit. 
Putar hingga gebu.
Masukkan minyak kaup balik hingga sebati.Tuang dlm loyang yg dialas kertas minyak. Bakar suhu 175. 

Sejukkan adunan. 

Untuk krim coklat:
Putar whipping cream hingga kental masukkan sesenduk coklat ganache dan kacau sebati.

Cara melapis kek:

Potong kek 3 lapis. 
Paipkan coklat bah tepi kemudian paipkan krim coklat bentuk lingkaran hingga ke tepi.







Belah pisang  4 bahagian dan dipotong tengah menjadi 8 bahagian kecil.  
Susun ikut lingkaran tadi berselang. 
Ratakan semula dgn sedikit cream coklat. Letak kek lapisan ke dua dan ulang cara tadi. 
 





Akhir sekali curahkan kesemua coklat ke atas kek.
Hiaslah ikut kesukaan.


Hiasan: Rama-rama coklat


Hiasan ni boleh disediakan lebih awal.



Ini kek cubaan pertama yang dibuat.



Ini order dari Klang




Kek ketiga Order dari Labu.

Okay...selamat  mencuba ye....



Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...