Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jumaat, 21 Disember 2012

Puding Tapai Pandan




Assalamualaikum. Semalam, Khamis kak Mai dah mula ke sekolah atas urusan buku-buku SPBT  dengan beberapa orang rakan guru yang lain serta beberapa orang pengawas SPBT. Kak Mai mengirim tapai ubi yang dibuat oleh ibu salah  seorang daripada murid tersebut. Cantik tapainya yang diperbuat daripada ubi kuning. Kak Mai beli 5 pack dan diberi percuma 1 pack tapai pulut.  Sedapnya...tapi bila bawa pulang ke rumah, anak-anak tak pandai makan. Macam manalah nak dihabiskan sorang-sorang nie. 
Apa yang perlu kak Mai hidangkan petang nie. .Macam biasalah merayau dari blog ke blog meninjau resepi yang mudah untuk disediakan memandangkan terlalu banyak kerja perlu dibereskan sebelum buka sekolah nanti.  Akhirnya mata tertumpu pada resipi Puding Tapai Ubi Pandan CMG nampak mudah sekali gitu dan  kak Mai rasa boleh disediakan dengan cepat.Kak Mai ubah sikit2 je sebab buat dua lapisan.


Jom tinjau resipi:

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram tapai ubi*
125 ml air*(*kisar halus)
5 gram konnyaku jelly powder
5 1/2 camca besar gula pasir
2 1/2 cawan air
200 ml susu sejat
1/2 camca teh paste pandan
1 helai daun pandan, disimpul
1 buku tapai ubi untuk hiasan (kak Mai tambah)

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Tuang air ke dalam periuk, masukkan serbuk jelly dan gula pasir, kacau dengan whisk hingga larut. Tuang susu cair dan masukkan daun pandan.. Kacau dan masak atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih.
  2. Keluarkan daun pandan, dan masukkan tapai ubi kisar tadi. Kacau rata dan matikan api.
  3. Bahagi dua, satu adunan asal dan satu lagi masukkan pes pandan dan kacau sebati.
  4. Hiris sebuku tapai (pilihlah yang comey2 sikit yo) Susun dalam loyang atau  bekas yang sesuai. 
  5. Tuangkan separuh adunan tersebut dan biarkan membeku atasnya baru tuangkan lapisan berpes pandan tadi secara perlahan-lahan dari tepi bekas.
  6. Biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk. Bila sejuk dan jelly mengeras, keluarkan dari acuan, potong dan sedia hidangkan....sedap dimakan dingin. Jika suka boleh tuang sedikit susu cair.



Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...