Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jumaat, 14 Disember 2012

Popia Pisang Coklat




Bahan-bahan (untuk 10 keping popiah)

  • 5 biji pisang masak (di belah dua)
  • 200gm Coklat masakan (kak Mai guna berry's)
  • 20  keping kulit popiah
  • sedikit minyak jagung
  • minyak untuk menggoreng
Caranya:

  1. Cairkan coklat dengan sedikit minyak jagung secara double boiler.
  2. Buang kulit pisang dan belah dua.
  3. Celup pisang dan susun atas dulang dan biarkan coklat beku dalam petisejuk.
  4. Bila coklat sudah membeku, balut pisang tersebut dengan kulit popiah.
  5. Kemudian balut sekali lagi  untuk mengelakkan coklat cair terkeluar sewaktu menggoreng.
  6. Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan.
  7. Anggkat dan toskan atas tisu.
  8. Boleh dihidangkan panas-panas...sedap sangat macam makan goreng pisang panas atau pisang rebus, tapi kruk krak kruk krak dengan kerangupan kulit popiah. Cubalah...





Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...