Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Rabu, 12 Disember 2012

Mi Lobak Udang Special





Jom kita try masak mi ini Yummy sedap sangat.

Mi Lobak Udang Special

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
2 buku kentang
2 buku keledek
1 kg udang 
5 biji bawang merah 
5 ulas bawang putih
1 inci halia
secawan udang kering
5 sudu besar serbuk kari daging
bebola ikan (sotong/udang/ketam pun boleh je)
Fish cake
air dan garam secukupnya serta minyak untuk menumis.
Bahan sampingan:
Daun bawang dan daun sup
Bawang goreng
Sawi celur
Tauge segar jika suka(celur air panas sekali lalu je)
Limau kasturi dibelah 2
Telur rebus dibelah 2
1 kg Mi Lobak (sila rujuk sini) mi kuning pun boleh 



Cara-cara:

  1. Rebus  keledek dan kentang. Buang kulit dan blend dengan sedikit air.  
  2. Udang dibersihkan.Kepala dan kulit udang dikisar dengan sedikit air dan rebus. Tapis ambil airnye.
  3. Blend atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering sehingga lumat.
  4. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan2 yang ditumbuk atau kisar hingga naik bau dan kekuningan.
  5. Masukkan rempah kari yang dibancuh dgn sedikit air. Tumis lagi sehingga bahan tumisan menjadi ringan dan garing.
  6. Masukkan keledek kisar  tadi ke dalam tumisan dan biarkan sehingga mendidih dan pekat.lupa masukkan garam secukup rasa dan sesikit gula.
  7. Setelah mendidih boleh lah masukkan udang, bebola dan fish kek. Biarkan mendidih sekali lagi.
  8. Bila sudah masak hidangkanlah bersama bahan sampingan yang diletak di atas mi, siram kuah.
  9. Sedapdinikmati ketika masih panas.

                                    

Kuah mi

Mi lobak



      Sedap dan senang saja. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...